19.6.16

Kontot



Kucing jiran. Aku tak tahu nama dia apa. Aku panggil je dia kontot sebab ekor dia kontot. Selalu pagi-pagi dia kena marah dengan aku sebab dia tidur atas seat motor aku sambil tinggalkan bekas tapak kaki dia. Dia ingat berseni kot. Tapi, bersyukurlah dia tak pernah cakarkan. Yang menyampahnya, motor aku nak masuk porch tapi dia semedang buat action macam badan tu kebal. Tahu la ada 7 nyawa pun kan..

Malam ni, dia ikut aku masuk rumah. Sepanjang dia jalan, dia duk bergesel dengan segala objek dia jumpa. Tak kiralah dinding, tong sampah mahupun kaki meja. Aku tak expert pasal kucing sebab dulu aku bela kura-kura yang obses dengan lubang. Aku usap-usap kontot ni, try la garu-garu dia. Selalunya kalau aku gesel kat dinding sebab aku gatal kat belakang. So, aku guna jela logik akal aku. Hehe. Macam sedap je dia aku perlakukan begitu.

Bila dah main dengan kontot, aku ralit sampai aku terlupa nak mesej Mohamad Adam. Mohamad Adam marah aku main dengan kontot sebab aku ada gatal-gatal. Memang kontot agak kotor sampai aku rasa nak mandikan dia. Sorry la kontot. Aku kena halau kau keluar. Lain kali, kita main lagi tanpa pengetahuan si rabbit tu ye.

Good night kontot. Tidur atas seat motor aku tu jangan tinggalkan kesenian hang.

14.6.16

Masak Dengan Ikhlas

Masak Dengan Ikhlas | Assalamualaikum and hi readers! Apa khabar semua dan salam Ramadhan daripada zizie. Ya Allah, betapa aku rindukan untuk blogging. Dah hampir dua bulan aku abaikan blog ni sebab terasa banyak serba kekurangan dari segi masa, idea dan kemudahan. Believe me, hidup aku sekarang pergi balik kerja je. Okay, lepaking dengan peahs dan dating tu ada la jugak. Kekeke. InsyaAllah I will update my latest story k!

Ini first time la zizie berpuasa di Perak. Suasana? Hurm, kalo I komen orang Peghok jangan la kecam. Bagi zizie Melaka is more merrier ( bagi yang tak tahu, ceq belajaq kat Melaka 4 tahun). I can’t compare it with Terengganu sebab kat Terengganu mak punya juadah pun dah kalah orang shopping bazaar weh! (bagi hok dop tahu, ambe orang Ganu). So, aku memang tak pergi bazaar kalau balik Terengganu. Tak mahu panjang lebar sebab aku tengah homesick with mak’s cook.

Tapi kali ni, aku banyak memasak la (yey! zizie dah ambik inisiatif untuk memasak). Kalau pergi bazaar pun, setakat cari kuih dengan air. Aku tak naklah membazir sangat sebab banyak lagi bajet lain nak kena ikat. Lagipun, bila sesorang ni sape nak menghabiskan semua makanan kan.

Cakap pasal masak kan, aku rasa lucu. Bila masak masa Ramadhan ni, sah-sah la tak boleh rasa kan even though boleh je rasa. Aku tak percaya diri sendiri weh. Kang tak pasal-pasal aku tertelan. Lalu, aku memetik kata-kata Sheila Rusly dalam Ketuk-Ketuk Ramadhan, “masaklah dengan perasaan yang ikhlas”.

Sungguh aku ikhlas haritu sebab kawan aku ni dia OT dan nak berbuka puasa kat rumah aku sebab tak sempat nak balik rumah before berbuka. Aku ni kan kawan yang berhati tisu tak sanggup nak tengok dia berbuka atas motor. Dipendekkan cerita, memang menjadi masakan aku masa tu. Aku pun dengan tanpa segan silu puji masakan sendiri. Nasib kau la ekyn dapat kawan level confident tinggi camni. Masuk lift tekan button sendiri. Kekeke. 

Kesimpulannya, masaklah dengan ikhlas even though kau masak sardine je pun. Haha. Well, bila dah besar ni aku memang makan ala kadar ajela. Masak, makan sesorang. Kekadang ajela berbuka puasa dengan kawan. Haa, bagi peniaga bazaar di luar sana, kome jangan jual makanan yang tak habis hari sebelumnya pulak. Naiya je kalau ada kes keracunan makanan. Berniaga pun kena ikhlas. Beware tau uolls and take care yourself! Catch you later!


16.4.16

Kelopongan

Kelopongan | Masalah dua tahun lepas berulang kembali. Kali ni, aku tekad jugak nak buang masalah tu. Takkan aku nak merana lagi selepas ni disebabkan masalah yang satu ni. Masalah yang jarang sangat sakit tapi sekali datang, Ya Allah..... boleh tak tidur malam dibuatnya!

Esoknya, aku kena paksa juga pergi ke UTC Ipoh. Nasib baik ada orang nak bawakkan sebab aku still tak pro lagi selok belok jalan kat Ipoh ni. Boleh je setakat nak google maps sebab aku ni kekadang berani mati jugak bawak motor sambil guna Maps. Ni semua ajaran abang ipar aku. Marah dia tau sebab aku seorang adik yang mendengar kata. Muehehe.

Sampai kat UTC je, aku terus kena tarik pergi klinik gigi. After daftar, dah kena panggil masuk sebab tak ramai orang pun. In other words, aku sorang je pesakit di malam hari itu. Dentist tu main ketuk-ketuk gigi aku.

"Sakit tak?"
"Little bit"

Terus dentist tu speaking je ngan aku. Suit yourself doc. Secara ringkasnya, aku kena buat x-ray dan probably I need to do root canal. Ini yang buat aku leceh tapi memang kena buat jugak sebab aku dah tekad kali ni. Meh ceq selit sikit gambar root canal atau dalam lingua franca rawatan akar gigi.



Jumaatnya aku ke Klinik Kesihatan Tanah Hitam dan aku tak tahu pun haritu special day untuk orang yang buat appointment. Aku nak puji service medical assistant (MA) kat situ sebab dia explain satu-satu situasi which is aku akan kena tunggu lama sebab diorang akan utamakan patient yang dah buat appointment. Disebabkan aku dah datang situ, aku go on jela dengan setia menunggu. Luckily, tak payah tunggu lama sebab masa tu ada tiga orang je termasuk aku. And very the lucky aku boleh cabut terus gigi aku!!

Lepas kena bius, aku kena buat bayaran untuk cabut gigi. RM 1 je. Masa bayar tu, MA tu tanya, "Cabut terus? Tak nak tampal?" Aku geleng je sebab aku tengah gigit kapas. "Dah ada pakwe belum?", eh sempat lagi tanya macam tu. Aku sengih je. "Kalau dah ada, tak kisahlah kalau gigi tu lopong satu." Masa ni aku tak tahu nak respon macam mana tapi boleh tahan kuang asam la dia ni cakap macam tu. And once again aku sengih je dengan kapas dalam mulut. Tak tahu buruk ke idok masa tu.

Bius dah jalan, terus kena panggil dan gigi pun selamat dicabut! So, officially gigi dah hilang satu. Nasib baik bila sengih pun masih macho kan zie. Kalau tak, aku kena bahan jela dengan mulut puaka bebudak ofis ni. Apa-apa pun, I got the MC that day. Know what I did? Start pakwe LC135 aku and shoot balik Taiping dengan mulut yang masih duk berdarah. Mengikut pemikiran aku tindakan aku tu masih dalam paras kewarasan. Kan? Kan?

Okay, here is some tips untuk masyarakat yang baru je lepas cabut gigi.

1. Jangan berkumur. Ini hanya menyebabkan pendarahan tanpa henti sahaja.
2. Jangan makan atau minum selama setengah jam. Berkumur pun tak boleh, apatah lagi makan minum lagi kan. Btw, aku rasa awkward jugak bila makan tu dah tak ada gigi sebatang.
3. Jangan makan makanan panas dan keras. Bak kata assistant engineer aku, use your common sense. Sudah terang lagi berspotlight yang gusi tengah luka kan.
4. Kemam ais untuk hentikan pendarahan dengan cepat. Sampai taiping tu, habis ais dalam peti sejuk aku tibai. Baru la darah tu nak berhenti weh.

Menurut MA yang menyakat aku, kalau nak buat gigi palsu, after seminggu cabut gigi dah boleh pergi buat appointment dengan dentist. Untuk hospital kerajaan hanya dikenakan bayaran RM 10 tetapi memakan masa lebih kurang seminggu. Manakala hospital swasta lebih kurang RM 90 tetapi dalam masa tiga hari dah boleh dapat gigi palsu.

Me? Kelopongan satu ni macam comel pulak untuk aku. Kah!

13.4.16

Making Decision

Kekadang, bila ada dua pilihan di hadapan mata, keliru nak pilih yang mana. Dalam islam ada caranya; istikharah. Runsing lama-lama pun buat pening kepala aje. Tawakal (berserah) kepada-Nya sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.

31.3.16

Atasi Masalah Jerawat dengan ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum

Atasi Masalah Jerawat dengan ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum | Sejak bekerja ni, muka zizie dah makin senang dihinggap jerawat. Dahlah muka ni memang takdelah licin dan mulus sangat. Masa balik ke kampung haritu pun, mak tegur kenapa makin teruk muka zizie. Sedih weh bila mak pun dah tegur. Biasalah, job scope zizie ada kaitan dengan chemical. Lagi seronok jerawat ni naik bila kena asap solder.

Dah macam-macam cara zizie gunakan. Siap guna petua letak serbuk kayu manis kat muka lagi. Sakit muka satu hal dan kesannya terlalu lambat. Lepas tu, zizie tertarik pulak nak cuba EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM.




Of course la zizie tertarik kepada points mengecutkan jerawat dan menghilangkan parut jerawat & jeragat. Bila dapat serum ni kat tangan, rasa teruja gila la nak mencuba.




Yang bestnya, tekstur ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni tidak melekit. Just titiskan 3 titik atas tangan dan ratakan kat muka dan leher. After 9 hari, zizie rasa kulit zizie makin anjal dan tegang. Muka pun dah kurang berminyak. Dan yang paling zizie suka, jerawat baru nak tumbuh pun kecut. Dan dan dan, parut jerawat zizie dah pudar! Paling best bila ada orang puji muka zizie makin berseri-seri. Hihi. Malu ittew.




Kalau dulu ambil gambar dari jauh pun, still nampak jerawat pasir tu, sekarang zoom dekat-dekat pun iolls dah tak kisah. Hehehe. Kalau korang nak tahu, zizie berani mencuba Skin Nano ni sebab ianya sesuai untuk semua kulit sebab kulit zizie ni quite sensitive. Ianya BEBAS dari sebarang bahan kimia, merkuri dan hydroquinone. Serum ini sangat senang meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.





EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM (15ml)

Harga:
RM 88  (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak)

Harga Promosi :
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak)

Sesuai untuk semua jenis kulit. 

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu.

Untuk keterangan lebih lanjut, korang boleh klik link dibawah :)

Instagram : @ephyra2u
blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.