Life #27 : diri bagai beban

11.5.11

Assalamualaikum..


Bila diri bagaikan beban,
Diri mengharapkan ada sedikit ruang untuk diri di sudut dunia,
Agar tidak dilihat oleh mata yang tidak senang akan diri,
Tidak dicaci oleh mulut yang benci akan diri,


Biarlah diri memencilkan diri,
Biarlah diri mengubati hati,
Biarlah diri dimamah usia,
Biarlah sisa diri tidak bertanda,

Diri tidak kisah,
Diri merelakan begitu,
Biar mata yang tidak senang,
Biar mulut yang mencaci,
Tidak akan menemui diri,
Walaupun diri sudah sebati dengan tanah.

Wassalam...



You Might Also Like

0 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.