Share #7 : Tiga Sahabat

22.9.11

Seorang ulama' berkata
"Sahabat itu ada tiga (macam);
sahabat seperti udara,
sahabat seperti ubat
dan sahabat seperti penyakit"

Sahabat yang amat kau perlukan pada setiap masa seperti udara.

Jika dia terputus darimu maka engkau akan mati.
Dia adalah sahabat yang dapat mendekatkan dirimu kepada Allah.
Janganlah engkau memutuskannya untuk selamanya.

Sahabat seperti ubat.

Dia seperti ubat adalah sahabat yang dapat memberikan kebaikan kepadamu.
Janganlah engkau memerlukannya melainkan pada waktu yang diperlukan.
CONTOHNYA, engkau memerlukan sahabatmu si pembuat roti ketika engkau ingin bersarapan dengan roti. Maka engkau memanggilnya.
Apabila engkau duduk bersamanya terus-menerus, kemudian engkau berkata, "Aku mencintaimu kerana Allah! Dan aku selalu memerlukanmu! Dari pagi sampai ke petang."
Maka ini TIDAKLAH BENAR!

SAHABAT SEPERTI PENYAKIT

Dialah yang mendekatkanmu kepada neraka.
Sahabat seperti ini mesti engkau jauhi dan tinggalkan!

so, anda pilihlah, nak menjadi dan memiliki sahabat yang bagaimana..

Wassalam~

You Might Also Like

0 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.