Haram Menyambut Hari Ibu

16.4.12

mula-mula zie agak ragu-ragu dengan pernyataan nie..
sebab masa sekolah dulu, akak-akak usrah ada terangkan yang kita (orang islam) haram menyambut perayaan seperti X-mas (Christmas) dan Deepavali kerana melibatkan agama mereka..
tetapi, kita boleh menyambut Tahun Baru Cina kerana orang cina hanya menyambut tahun baru kalendar mereka seperti kita menyambut tahun baru setiap tahun..

so, untuk kesahihan, zie usulkan pertanyaan di laman Ustaz Azhar Idrus (Original)

beberapa insan yang prihatin telah berkongsi pendapat mereka..
zie copy paste aje comments mereka

sambutan ini dikhususkan kepada kaum kaffir sahaja dan ummat Islam diharamkan meraikannya.Mengapa?Salah satunya adalah kerana Bida'ah.Apa itu Bida'ah?Bida'ah adalah sesuatu yg tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan dalam Islam itu sendiri,Hari Ibu bukan dikhususkan kepada satu hari saja ttp pada setiap hari,minggu,bulan dan sepanjang tahun.Islam itu lebih Indah daripada agama2 yg bathil ini.Dan disini sy sertakan beberapa Hadith;

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat;AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain.Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah(w. 728H) sebagai sahih,al-Iraqi (w. 806H)juga menilai sebagai sahih,Ibn Hajar al-‘Asqalani(w. 852H)menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani."

Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif.Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji.Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.Perkataan man tasyabbaha(sesiapa yang menyerupai)iaitu tasyabbuh(menyerupai)dalamhadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu,atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu,maka dia dinilai dalam kalangan mereka.Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka,maka itu tidak termasuk.Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):

“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik,atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka,samada dalam pakaian,kenderaan atau cara,maka dia termasuk dalam kalangan mereka.Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian(khusus)dan beriktikad untuk jadi seperti mereka,maka dia telah kufur.Jika dia tidak beriktikad demikian,maka para fuqaha(ahli fekah)berbeza pendapat mengenainya.Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut.Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan(oleh pemerintah)”.(al-Son’ani, Subul as-Salam,4/321.Beirut:Muassasah Fuad).

Ertinya,menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram.Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka,maka dia menjadi kufur.Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur,amalan tersebut TETAP HARAM.Cumanya,ulama berbeza pendapat,ada yang menganggapnya telah kufur,ada pula yang menyatakan tidak,tetapi TETAP HARAM DAN BERDOSA.Saya menyokong pendapat yang menyatakan sekiranya menyerupai golongan kufur tetapi tidak beriktikad kufur perbuatan tersebut berdosa tetapi tidak terkeluar dari agama.Namun,jika dia menyerupai mereka secara penyerupaan zahir dan juga batin iaitu dengan iktikad yang sama,maka dia menjadi kufur.Kadar dosa menyerupai itu berdasarkan kadar perkara yang ditiru atau diserupai.Sekali lagi hendaklah kita jelas,penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan dalam perkara-perkara yang khusus untuk sesuatu puak atau agama.Jika perkara tersebut tidak khusus untuk mereka, maka hadis ini tidak berkaitan.Dalam dunia globalisasi,banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian,makanan,binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu.Maka,kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum.Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka.Begitu makanan,binaan dan adat tertentu.Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick,berjeket,berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.Kesimpulannya;Kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain,atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk.Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk.Mudahan kita terpelihara daripada dakyah2 kaffir ini dan mudahan kita dilimpahi rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T. Insya-Allah..

Firman Allah;Dan janganlah kamu mngatakan terhadap apa yg disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta,"ini halal dan ini haram",untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah,sesungguhnya orang yg mngada-adakan kebohongan Allah itu tiadalah beruntung.Itu adalah ksenangan yg sedikit dan bg mreka azab yg pedih."-Surah an-Nahl ayat 116:117-

Firman Allah;"Wahai orang2 yg beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yg benar,nescaya Allah memperbaiki bagimu amal-amalmu dan mngampuni dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yg besar."-Surah al-Adzab ayat 70:71-

Firman Allah;"Dan orang2 yg Kami cepatkan itu,ada satu Ummat yg memberi Petunjuk dengan Kebenaran,dan dengannya mreka menjalankan keadilan."-Surah al-A'raf ayat 181-

Firman Allah;"dan sebaliknya sesiapa yg berada didunia ini(dalam keadaan)buta(mata hatinya),maka ia juga buta di Akhirat dan lebih sesat lagi jalannya."-Surah al-Israa' ayat 72

Firman Allah;"terimalah apa yg mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yg baik,serta berpalinglah(jangan hiraukan)orang2 yg jahil(yg degil dengan kejahilannya)".-Surah al-A'raf ayat 199-

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta.Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya.Para sahabat bertanya:Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani?Rasulullah lantas menjawab,siapa lagi kalau tidak mereka itu.-Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim-

terima kasih kepada insan-insan yang sudi berkongsi ilmu..
kawan-kawan jika ada pendapat, apa salahnya berkongsi di sini :)

You Might Also Like

6 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.