MASALAH | where's the point? |

2.6.12

kadang-kadang masalah tu kita rasa bagaikan sebesar hama..
nanti terbang la tue dibawa angin..
kadang-kadang masalah tu kita rasa bagaikan satu batu yang tiba-tiba kita terpaksa galas..
dahlah tetiba, berat pulak tu!
walau-apa-pun, masalah tu jadi ringan bila kita tahu kat mana puncanya.
menjadi MASALAH YANG BESAR bila kita tak tahu kenapa masalah tu terjadi.

aku PALING BENCI bila aku tak tahu mana punca masalahnya..

pernah tak tetiba korang duk sorang2, and rasa moody..
adakah sebab lonely??
maybe..
tapi, kekadang bila berada dalam khalayak ramai pun aku rasa macam tak ada mood..
then, terfikir.. "kenapa aku moody tetiba??"
rasa macam bodoh la pulak kan..
so, try to talk to others and try to rid that feeling..

TAPI!
stay same maa!!
and datang rasa fed up nak cakap ngan sesape..
paling LAGI FED UP bila ada yang datang tanya..
"kenapa ngan kau? ada masalah?"
time tu, jadi pelakon bidan terjun kejap..
"eh, takdela.. aku biasa je.." <--- boo!
kalau aku cakap, "entah la.. tetiba lak moody"
lagi satu hal nak explain kat makhluk Allah tue kan..

tapi, aku berterima kasih la kat makhluk Allah yang bertanya..
in the same time, dia selalu usha aku kan.. hehe..
at least ada orang yang ambil berat.. *patut berat aku dah turun..*

so, aku amik jalan lain iaitu MENYENDIRI
duduk atas katil, buka laptop, cari movie yang best2, layan jap..
bila kawan datang, dan dia tanya, "kau buat apa?"
"tengok movie", dalam nada dingin yang bermaksud JANGAN GANGGU AKU.

dan biasalah.. manusia bila dah susah baru nak cari DIA.. Allah S.W.T..
lepas solat, minta tenangkan hati..
then, bila nak masuk tidur, muhasabah diri sekejap..
ok, aku bukan baik sangat.. huhu..
then, air mata mengalir..
tekup muka ngan mr.puffy coz tak nak roommate perasan..
tup tup dah tertidur ngan air mata mengalir bagai.. hoho..

tue cara aku..
dan aku selesa dengan cara tu..
orang nak kata aku nie pelik ke, bangang ke, bingung ke, tak kisah la..
ada kau datang nak selesaikan masalah aku?? huhu..

bagi aku, 
dalam masalah ada kepahitan dan seiring dengan kepahitan itu kita akan berasa kemanisannya..
dan kemanisan itu kita gelar sebagai pengalaman..
dan pengalaman mendewasakan kita...

You Might Also Like

1 comments

  1. jangan lari dari masalah.. harus berani hadapi...

    :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.