Susah Dahulu Senang Kemudian.

13.6.12

­­­"mesti seronok kan adik beradik ramai?"
soalan tipikal yang aku selalu dengar bila aku bagitau aku ada 10 orang beradik..
biasanya yang terpegun+excited tue of course la adik beradiknya sikit..
yang adik beradik nya lagi ramai, wat tahi telinga jer bila dengar macam tue.. hehe..

seronok? 
seronok la coz bila gather memang meriah..
tengok muka mak & abah pun tersenyum bila kitorang semua balik kampung..

terfikir apa la perasaan mak dan abah bila dapat anak yang ramai macam ni dengan perangai yang macam2..
mesti letih kan??
okay, i don't deserve to ask that question coz they had done so many sacrifices..

kalau dulu, memang susah..
abah terpaksa berhutang sana sini coz gaji tak seberapa nak bagi kitorang makan..
yuran sekolah pun bukan main boleh tahan..
bila cuti sekolah, kitorang takde gi melancong macam families lain yang bercuti sana sini..
yela.. abah ada sebuah motor kapcai je..
macam mana nak usung semua anak-anak dia?
so, bila habis cuti sekolah, kawan2 cerita gi melancong sana sini, rasa sedih je :'(
nak juga merasa gi jalan-jalan.. melancong..

so, bila dapat belajar jauh-jauh time form 1, rasa excited sangat2 coz dapat hidup kat negeri orang..
mak & abah rasa berat hati nak lepaskan..
bila dah belajar sana, rasa menyesal..
abah kena cari duit lebih coz bila nak balik kampung, tiket agak mahal..
habis form 3, nangis kat abah kata tak nak belajar jauh-jauh dah coz kesian kat abah..
tapi abah nasihat suruh teruskan..
jangan hangat-hangat tahi ayam..
mak kata pendek je, "jangan nak ngada-ngada"

Alhamdulillah sekarang ekonomi keluarga dah stabil sikit..
coz kitorang semua dah besar-besar..
abang & akak2 yang dah kerja support family sikit-sikit..

rasa bersyukur sangat2..
coz pengorbanan mak & abah dah terbalas..
and i want to do the same thing like my big sis & bro do right now..

mak, abah thanx for everything..
you always remember me..
pray for me..
always be by my side when i need you..

I LOVE YOU MAK & ABAH!

berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang di tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

You Might Also Like

1 comments

  1. betul2... org mesti cakap gitu...

    kalo kite yang mmg dh ade adik-beradik ramai ni mesti cakap..
    "ala, biase je..."

    hehe...

    adk beradik wan 12 orang... hahak... sj bgtau...

    "keep smiling"
    ^_^

    -Wan Niahix-

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.