garang garang pun, tetap sayang ;)

31.8.12

SELAMAT HARI MERDEKA KE-55!

merdeka ni, aku tengok tv jela..
bukan tak patriotik..
tapi, sambut dengan cara tersendiri.. kononnya la..

merdeka, tetap merdeka, tapi adik-adik aku tak merdeka mana sebab aku ada rumah..
korang ingat senang ke nak kawal adik lelaki sebanyak 5 orang yang nakal-nakal belaka..
ini pun dah kurang sorang sebab dia duk asrama..

tiap-tiap hari dorang kena marah dengan aku..
apa yang aku nampak tak kena, memang habis la dorang dengan aku..
selalunya, dorang akan kena time pagi, balik sekolah, dan malam..

mana taknya..
pagi, dorang tak kemas tempat tidur..
so, aku jerit, "sape tak kemas tempat tidur ni? kalau tak nak kemas, tidur luar je malam ni!"
balik sekolah, suka-suka je buka baju dan biarkan atas lantai..
so, aku jerit, "woi! ni nak suruh aku buat kain buruk ke? tak nak sekolah dah?"
malam, dorang ni suka bergaduh tanpa sebab..
so, aku jerkah, "nak kena katok (pukul) ngan aku la tu! gaduh lagi.. gaduh.. jap lagi aku datang bahang (tibai) sorang2!"

sampaikan adik bongsu aku ni dia rasa pelik bila aku senyum, gelak-gelak..
sebab dah biasa kena marah dengan aku.. hoho..
tapi, kira okay la sebab aku marah, gertak dan ugut je..
aku jarang nak naik tangan mahupun kaki kat dorang..
habis geram pun, aku pulas telinga dorang..



marah-marah pun, aku tetap sayang dorang..
dan aku tahu dorang pun sayang aku..
sebab masa raya kedua haritu, aku demam dan tak dapat ikut beraya ke Kuala Berang..
tapi, dua orang adik aku ni sanggup tak pergi sebab nak jaga aku..
jagalah sangat sebab sejam kemudian, dua-dua lesap entah ke mana =.=""

carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga ;)

nota jejari : cara yang aku gunakan kadang-kadang berhasil untuk disiplinkan budak berlima ni.. hehe..

You Might Also Like

5 comments

  1. sme la jugak... marah2 manja kat dyowg ni.. hhehehe

    ReplyDelete
  2. untunglah dorang ade loving n caring sis. hehe

    ReplyDelete
  3. sama lah kita, tengking n cubit2 tu da macam gula2 untuk diaorang. hehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hehehe... dah lama tahu zizie ni mmg comel.. hahahahaha !!!

      Delete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.