Mumbling . . .

1.8.12

bila dah boring blogwalking blog orang lain, 
aku blogwalking kat blog sendiri pulak.. hehe..
tak larat la pulak nak geledah satu persatu coz dah 200 lebih dah yang aku post..

baru sedar dah dua tahun lebih rupanya aku berblogging..
terima kasih kepada yang sudi melawat kat blog aku yang tak seberapa ni :)
sekadar nak sesakkan traffic je pun, dah cukup.. ;)

bila tengok first entry yang aku tulis dalam blog ni pada masa dulu, rasa nak gelak pun ada..
betapa tak matured pemikiran dan penulisan aku time tu..
kahkahkahkah!!
rasa nak delete je..
tapi, sayang!
biarkan jela.. simpan sebagai kenangan kan..

kalau orang tanya kenapa aku berblogging, aku tak ada jawapan...
terus terang, masa tu aku ikut kawan-kawan..
dan tak ada sorang pun yang ajar aku macam mana nak buat blog..
semuanya aku geledah sendiri..
terer kan? hahahaha!!!

header aku pada masa lampau...

bila buat banyak blogwalking, baru la jumpa blog yang ada tutorial bagai...
masa tu rasa macam awesome dan rasa stupid..
"kenapa la aku tak google je tutorial blogspot ke apa.."
korang ingat senang ke nak geledah sendiri.. huhu.. penat!

sekarang pun aku rasa awesome jugak kat newbies atau juniors yang berblogging..
mana taknya, aku dah dua tahun berblogging, tak sampai seribu pun follower..
dorang dah sampai seribu lebih.. bagus.. bagus..

memang salah aku pun..
entri pun caca merba, blogwalking pun malas.. hehe..
it's okay, bukan kisah sangat pun.. hehe..
bagi yang follow, TERIMA KASIH besar-besar aku bagi ;)
aku memang bukan yang jenis follow orang..
sape yang follow aku, aku follow balik..
coz tu je la cara nak membalas :)

last but not least
HAPPY BLOGGING
berblogging la mengikut perasaan sendiri..
blog anda adalah kepunyaan anda sendiri..
dan berblogging la dengan bijak :)

You Might Also Like

2 comments

  1. hihihi. kita serupa :D

    dah dua tahun bloggin, followers ciput je. yg lain2 ribu2 dah. design blog diorang pun havoc habis .

    ReplyDelete
  2. suka tgk kata2 kt header dlu tu..comel je jari tu..hihi..kite 1 tahun blogging pun xsmpai 1000 lg..xpe..:)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.