Day #2 : Bestfriends

2.9.12


nama dia Syakir, bestfriend aku masa sekolah menengah dulu..
dia ni selalu kena marah dengan aku sebab bila aku cerita, mesti dia lambat pick up.. =.=""
tapi, dia tak pernah kisah pun... haha..
seorang yang sambil lewa dan tak concern langsung dengan keadaan sekeliling..
tapi, dia ni kalau dah ambil berat pasal seseorang, he so sweet :)


Adlan, bestfriend yang tak terkata dibuatnya..
semalam, dia dah meninggal sebab accident..
klik older post untuk baca pasal entry tu..
semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..
aku tak ada satu pun gambar dia sebab arwah memang tak suka ambil gambar..


ini baby aku, Fahima.. hehe..
sejak aku asasi uitm, sampailah aku masuk UTeM, budak ni tak habis-habis nak mengikut aku..
ramai panggil kitorang kembar.. sama ke??
aku cute, dia comel.. hehe..
dia ni jarang nak ceritakan masalah dia..
selalunya dia lebih suka dengar masalah orang.. orang tu, aku la..
MUMMY LOVE YOU, BABY :)


Wana, Ekyn dan KI..
merangkap housemate and crazy bestfriends masa kat PALAM dulu..
pergi ke mana pun, asyik bersama..
kitorang pernah gaduh besar woo tapi, gaduh2 tu la mengeratkan lagi hubungan kami..
kitorang suka melepak tengah-tengah malam kat ruang tamu sambil minum kopi..
dari satu cerita ke cerita yang lain..
selagi tak ada salah seorang dari kami ni angkat punggung, selagi tu la kitorang duduk kat ruang tamu.. haha..


ini lak Wani dan Azie a.k.a cicak kobeng dan lipas..
dorang ni, satu hari tak cari pasal, tak sah..
ada je yang nak mintak aku smack downkan.. haha..
dua-dua ni lain benar perangainya tapi, dua-dua sayangkan aku sebab tu aku sayang sangat kat budak berdua ni.. hehe..

berkawan biar beribu tapi, untuk mencari sahabat sejati, umpama mengutip permata di dalam kaca ;)

You Might Also Like

2 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.