Follow the Flow yang tak ada kaitan dengan Followers

16.10.12


mata tak ngantuk, kunyah chewing gum double mint sambil scroll down laman facebook..
berhenti sejenak sambil berfikir..
kalau nak listkan apa yang aku fikirkan, memang sampai esok la aku tak berhenti menaip..
acece.. macam banyak sangat la kan  ;)

aku tertanya-tanya..
kenapa manusia suka jadi lalang?
kadang-kadang term "FOLLOW THE FLOW" tu macam tak boleh guna la..

okay, memang ada peribahasa "masuk kandang harimau, mengaum. masuk kandang kambing, mengembek"..
tapi, bila kita tak boleh jadi diri sendiri, apa gunanya?
orang akan cakap, ikut adat la!
okay, kalau nak suruh hormati adat tu, mungkin nope! memang patut kita hormat..
itu warisan dan identiti kita..
tapi, bila kita tahu ada sesetengah adat kita bercanggah dengan ajaran agama islam, kita tapis la..
jangan la tegak sangat dengan follow the flow~~

jauh betul aku pusing sampai ke adat.. hehe..
aku amik situasi yang mudah iaitu kawan!
kalau nak cakap pasal pengaruh rakan sebaya yang selalu famous dalam karangan bahasa melayu mahupun bahasa inggeris ni, sampai ke sudah tak habis la laling.. huhu..
kalau aku terangkan pun, korang confirm-confirm nak muntah darah kan sebab masing-masing faham maksudnya..

korang pernah tengok cerita Hooray! Hooray! x?
kalau belum, pergi tengok sebelum sambung baca.. hehe..
kalau yang sudah, please continue reading this!
kan nenek dia pernah berpesan, "kawan sejati takkan pernah berubah hati biarpun musim selalu berubah"
yes! susah kita nak cari sahabat di waktu susah dan senang..
sahabat di waktu senang ni, berlambak! kat pasar, tepi jalan, dalam kelas, luar kelas dan di mana sahaja..
tapi yang di waktu susah tu, mana nak cari?
kalau jumpa, aku simpan dalam botol bela macam jin pun takpe.. haha..
tapi, maksud di sebalik kata-kata tu, ialah kalau betul dia ikhlas berkawan dengan kita, dia akan terima kita seadanya..
andai kata kita berubah ke arah kebaikan, mereka akan menyokong kita tanpa berkira..
andai kata kita berubah ke arah kejahatan, mereka akan menasihati kita dan membimbing, bukan lari daripada kita..
itu yang aku faham la..

so, kat sini yang aku nampak, tak perlu jadi lalang..
tapi, kalau menjadi lalang yang membawa faedah, yang membawa kebaikan, why not jadi lalangkan?
so, pesanan ikhlas daripada penaja ialah, "FOLLOW THE RIGHT FLOW!"

nota zizie : 3/4 daripada kelopak mata aku dah tertutup time ni..

You Might Also Like

7 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.