Makna Korban

26.10.12



Istilah korban :
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik, iaitu 11,12,13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Dalil ibadat korban adalah :
Firman Allah SWT bermaksud : “ Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad ) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorban ( sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah ). ” (Surah al-Kausar -1,2)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “ Nabi saw telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasyi yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut nama Allah SWT, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibas tersebut.”
Hukum korban :
Hukum ibadah korban boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu :
Sunat muakkad – iaitu sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan.
Wajib                - apabila bernazar
Tuntutan sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya iaitu seperti Islam,sempurna akal dan baligh.
Binatang yang disyariatkan untuk korban :
Binatang tersebut hendaklah mempunyai ciri-ciri tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak terlalu kurus, manakala binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperti berikut :
* Kambing biri-biri           – berusia 1 tahun ke atas
* Kambing biasa               - berusia 2 tahun ke atas
* Unta                               - berusia 5 tahun ke atas
* Lembu @ Kerbau         - 2 tahun ke atas
Antara hikmat melakukan ibadat korban 
1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( 
تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.

3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.


4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.


5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.


Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ".

( Surah Ibrahim : 7 )



nota zizie : kawan-kawan pasang lagu raya, buat muka sedih.. memang mood raya di perantauan :'(

You Might Also Like

5 comments

  1. good info.. btw, selamat hari raya aidiladha untuk sekeluarga... ^.^

    ReplyDelete
  2. anak mama kirim salam . hahahahahaha . . .

    ReplyDelete
  3. Sharing is caring. Selamat Eid Adha! Memang org perantauan selalu mood mereka akan down kan? Tkpa, insyaallah pnjang umur thn depan raya dgn keluarga pulak kan? :')

    ReplyDelete
  4. TQ for the information! Selamat Hari Raya Aidiladha! Eh, ada SURPRISE GIVEAWAY BY FD! Nak join? Info. dekat blog saya!

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.