Q&A session with Maizatul

13.10.12


tengah aku melayankan lab report aku yang aku tak faham sangat-sangat (!), tiba ada call masuk..
ALAMAK! PRIVATE NUMBER!
isk.. takut gila la nak jawab kol 3.30 pagi ada orang call..
bismillahirahmanirahim..
"hello"
"assalamualaikum", Islam rupanya..
"waalaikumsalam.. siapa?"
"akak!! mai ni.." terkejut aku tiba-tiba suara dihujung talian menjerit kegumbiraan..
haih.. si mai ni.. kan dibuatnya esok orang jumpa mayat aku sebab kena heart attack, haru!

mai ni actually tunang arwah Adlan..
she's so nice..
dia pernah cakap, "mai bukan jenis mesra alam friendly gitu.. tapi, mai suka cakap dengan akak.."
alasan dia mudah je, dia sayang siapa yang arwah sayang..
aku pun suka melayan budak ni.. dia ni natural manja..
sesetengah orang manja yang dibuat-buat dan memang buat aku menyampah..
okay, back to the story!

"mai baca blog akak.. hehe.."
"mana jumpa?!"
"mummy bagi laptop abang(arwah adlan) dekat mai.. so, mai go through the lappy la sis.. history~"
"owh.. camtu.. so?"
"mai ada benda la nak tanya pasal blog akak.."
" do you want to tell me that you called me from France bcoz just want to ask questions? bazir la cik adik oii!"
"*giggles* papa bayarkan! haha"
ada jugak la yang kena membebel ngan aku pagi-pagi ni.. =.=""

Q1 : kenapa akak buat blog? banyak pulak masa lapang akak ek?
A : akak start blogging after spm (2010). masa tu memang lapang tahap gaban.. ada la tiga empat orang kawan akak dah ada blog time tu.. so, akak pun geledah la menatang apanya blog ni kan.. akak pun suka-suka jela blogging.. plus, akak tak ada teman bercakap time tu.. huhu.. kat blog ni la akak merapu sorang-sorang.. hahaha..

Q2 : mai selalu dengar ada orang buat duit melalui blog. akak camne lak?
A : akak blogging just suka-suka.. tak ada niat pon untuk earning ni.. nuffnang kat tepi tu pun, akak letak just untuk suka-suka dan baru je kot buat bulan lepas.. hehe.. tapi, sekarang orang dah jadikan earning tu macam satu trend.. dan soalan mai ni pun bukannya first time akak dengar.. dah selalu sangat orang tanya, "blog ngan twitter boleh buat duit ke?" depends! depends kalo ada orang rajin datang blog kau dan klik iklan kau.. tu je...

Q3 : sekarang ni kan ada facebook, twitter, kalau akak nak merapu, kenapa tak merapu kat fb/twitter je? why here?
A : sape kata akak tak merapu kat fb? kat twitter? habis merapu kot.. hahaha.. ikut keselesaan la.. macam bercerita kat somebody.. tak semestinya semua benda kita share kat sorang je kan.. bila nak mula story, akak suka cerita kat sini je... kalo macam merapu pendek-pendek, baru la kat fb/twitter.. haha.. akak pun tak tahu nak jawab macam mana soalan mai ni.. hihi..

dan aku cantas budak manja ni dengan soalan yang berbunyi, 
"mai tanya akak bagaikan interview ni untuk masukkan dalam thesis ke apa? hahaha".
dan baik punya jawapannya,
"mai boring duk kat france ni. mai nampak akak online, terus mai call dan saja suka-suka jugak nak tanya akak soalan yang tak berfaedah!"

lepas kena hambat dengan aku, baru la dia nak blah..
tapi, sebelum dia blah, dia sempat lagi bagitahu,
"my sweetest sis, please take care yourself and remember abang always love you"
tak tahu nak jawab apa.. cuma assalamualaikum yang keluar dan disambut dengan waalaikumsalam..

nota zizie : ada orang tegur, "banyaknya orang kotak!" sebab dorang sangat comel ^^,

You Might Also Like

4 comments

  1. Adik meninggal kenapa eh?.....al-fatehah.... silaturarhim harus dirapatkan....

    ReplyDelete
  2. bukan adik.. tp bestfren.. meninggal sebab accident..

    ReplyDelete
  3. bru nk tnya Arwh Adlan 2 sapa,,,Ingtkn abg,,,org yg bek wlu d mna jua pn msti org ingt jg.France,,,jauh 2.sggp dy kol ya :)

    ReplyDelete
  4. hahaha.. itu pasal kena bebel dengan zizie.. punya jauh dia call.. ayoyo..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.