ask.fm untuk noob macam aku.

11.11.12


posisi aku semasa menaip lebih kurang macam gambar di atas..
yang membezakannya, aku menongkat dagu menggunakan bantal sambil peluk chip..
oh! dan tiada buku.. gantikan buku dengan greeny..

jam di dekstop menunjukkan pukul 4.05 pagi..
aku pun tak tahu apa yang aku sedang lakukan.. *lost!*
buku-buku untuk dibawa pulang telah aku agihkan..
cukuplah untuk aku study hanya kerana test yang akan tiba selepas cuti..
esok pagi-pagi aku dah boleh mula packing baju-baju pula..

oleh kerana mataku degil untuk tidur, aku melayari laman sesawang..
ask.fm! perkara pertama yang terlintas di fikiranku ialah stesen radio kerana "fm" dibelakangnya..
rupa-rupanya, ianya adalah sebuah laman sesawang seakan-akan formspring..
aku telah lupa password formspring aku, lantas aku sign up ke ask.fm menggunakan akaun twitterku.. muehehe..

aku mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada kalian semua..
tapi, sebelum itu biarlah aku jawabkan soalan-soalan yang menjadi kebiasaan orang awam..

nama : zizie
status : in a relationship with cik abam
umur : 20 tahun
asal : terengganu
pekerjaan : pelajar sepenuh masa di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

sekarang dipersilakan bertanyakan apa-apa jenis soalan kecuali soalan yang mempunyai unsur-unsur lucah..



nota zizie : saja je wat ala-ala skema bagi mata ni ngantuk! hahaha!

You Might Also Like

3 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.