Kamus Wanita.

10.11.12


lelaki suka cakap perempuan ni pelik-pelik je perangai..
mulut cakap lain, tapi yang dibuatnya lain, emo tak tentu pasal dan blaa blaa blaa..
nak buat macam mana..
dah Allah ciptakan perempuan ni dengan 1 akal dan 99 nafsu (ratio)..
so, lelaki yang dikurniakan 99 akal dan 1 nafsu ni, kena la pandai handle perempuan..
opps! bukan handle yang jaga hati kat depan tapi kat belakang curang taw!
tak mau macam tu.. perempuan sekarang pun boleh curang sama... *datang dah angin EVIL aku.. hehe *

so, aku nak share sikit pasal kamus bahasa perempuan ni..

"tak ada apa la, lupakan je.."
haaa... ini maksudnya, korang ada buat kesalahan ni. so, cara yang terbaik, lebih baik korang bincang elok-elok. cakaplah, "saya ada buat salah ke? kalau ada, bagitahu. jangan simpan sorang-sorang. saya akan cuba betulkan kesilapan saya.". insya-Allah perempuan akan ceritakan kalau cara korang pujuk tu berhasil dan tip top! hehe..

"awak letih ke?"
pernah tak korang baru lepas balik dari kerja/study/yang sewaktu dengannya, dan korang bercakap dengan your girl dalam keletihan? kalau pernah dan korang dengar your girl tanya macam ni, maknanya dia harapkan korang jawab tak dan akan terus bercakap dengan dia kerana dia nak bercakap dengan korang. tu je. tapi, bila dah letih, korang lak, "yeay! dia dah tanya, boleh aku bersenang lenang!". walaubagaimana pun, aku nasihatkan girls memahami situasi boys. dorang penat kan.. tapi, boys jangan korang gi melepak ngan kawan-kawan korang lak bila your girl bagi green light suruh berehat!

"saya okay."
kalau your girl mengalami masalah, dan dia kata macam tu, sebenarnya dia memerlukan bahu untuk menangis. kalau tak mampu, korang pujuk la macam ni, "menangislah, jangan disimpan air mata tu kalau dia nak keluar.". automatik banjir punya! hehehe.. tetiba rasa macam sweet lak kalau ada boys cakap macam ni.. hahaha..

"tinggalkan saya sorang-sorang!"
pernah tak kalo korang bergaduh, your girl cakap macam ni? korang buat apa? tinggalkan dia atau tetap setia di sisi dia? jangan tinggalkan dia! maksud dia ialah jangan tinggalkan saya.. korang kena faham, perempuan ni bila dia tengah marah, dia suka keluarkan kata-kata negatif tetapi sebenarnya hati dia tak maksudkan begitu. sentiasalah setia berada di sisinya.

"saya cintakan awak."
korang nak tahu apa yang perempuan mahukan bila dia cakap macam ni? dia mahukan korang berkata, " saya LAGI cintakan awak!". perempuan ni memang tamakkan kasih sayang. dia tak suka berkongsi kasih dan kekurangan kasih sayang. sebab tu la perempuan tak suka dimadukan! tamak kan? hahaha.. tapi, boys, korang nak yang mana satu? tamakkan kasih sayang atau tamakkan harta?! hehehe..

tu jela serba sedikit yang aku boleh kongsikan..
aah.. perempuan ni memang rumit..
tapi, aku tak tahu kenapa serumit-rumit perempuan, ada jugak lelaki yang jadi perempuan.. muehehe..

nota zizie : mentang-mentang ramai dah balik, kedai makan pun tak buka :(

You Might Also Like

5 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.