Nak Balik Kampung Sedih.

18.11.12

hari ahad yang lepas, aku balik ke kampung halaman sempena cuti mid sem..
tak tahu la kenapa sedih bila keseorangan kat melaka sentral tu sementara tunggu masa untuk naik bas..
2 jam wehh!!!
sambil meratapi nasib diri yang keseorangan, sempat jugak la tengok gelagat manusia..
at least terubat sikit hati ni.. chewaaahh..

daripada pemerhatian aku, sememangnya manusia yang tak bertimbang rasa ialah perokok!
masa tu aku duduk sebelah satu family ni..
pak cik tu dah marah-marah kat perokok tu..
dahlah asap rokok tu busuk, kesian kat anak-anak dia turut hidu bau asap rokok tu..
hidung aku pun dah naik sakit bau asap rokok tu..
dalam hati aku pun dah marah-marah perokok tu, "kalau nak mati, mati sorang-sorang r!".

after family tadi naik bas, datang family lain pulak yang duduk..
suka sangat tengok dorang..
anak perempuan ikut muka ayah, anak lelaki ikut muka mak.. hehe.. comel..
budak-budak tu pulak malu-malu bila aku senyum kat dorang..
masa tu, membuak2 perasaan aku nak balik kampung!
aku ingat lagi budak perempuan tu duk hisap jari, then pak lang dia mengusik..
"kau ni dari tadi duk hisap jari. ada gula-gula ek kat jari kau? meh sini pak lang nak hisap!"
comel je.. eh, bukan pak cik dia tapi budak perempuan tu la..

sempat curi2 snap gambar dorang :)
bila dah naik bas, ada akak ni hantar parents dia sampai ke seat dalam bas..
pak cik dengan mak cik tu duduk betul-betul sebelah seat aku..
yang buat hati aku tersentuh, anak akak tu menangis sebab tak nak berpisah dengan atuk nenek dia..
teringat masa aqif kecik-kecik dulu menangis sebab tak nak berpisah dengan mak sampai along suruh kitorang tunggu kat tempat yang aqif takkan nampak kitorang...

macam-macam ragam manusia kat dunia ni..
sama ada baik & buruk...
aku hanya mampu dan melihat untuk dijadikan sebagai pedoman hidup ;)

You Might Also Like

5 comments

  1. penah merasai tggu bas lame2 cmtu kt melaka sentral..best tgk gelagat2 owg

    ReplyDelete
  2. i hate smokers too.. nak mati sila mati sorang2 kan.. huu sama la kita minggu lepas cuti midsem balik rumah sorang2..

    ReplyDelete
  3. wuaaaa... rindu semua tu....

    wuaaaaa.... makkk.. nk peluk...

    ReplyDelete
  4. untung la dapat cuti huhuhu bape ari cuti sem?? :D

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.