Eh, Aku Tak Follow?

8.12.12

sedang aku tengah bergayut, tiba-tiba encik YM keluarkan notification yang aku dapat question kat ask.fm..
korang nak tahu apa yang ditanya, dan apa yang aku jawab?


susah jugak bila dapat soalan daripada anonymous sebab aku tak boleh nak explain kat makhluk Allah yang tanya..
kepada makhluk Allah yang bertanya, itu antara satu sebab saya xboleh nak atau tak follow awak..

aku memang give up dah nak explain benda alah ni lepas ni...
jenuh la asyik-asyik nak cerita benda yang sama..
ni kira last la aku nak cerita..

AKU JUST BOLEH FOLLOW KALAU KORANG ADA GOOGLE FRIEND CONNECT (GFC)!
aku tahu, button float tu comel..
tapi! benda alah tu ada limit la..
aku dah follow entah berapa ribu orang dan benda bajet comel tu melimitkan setiap blogger boleh follow 300 orang..
bila suruh letak GOOGLE FRIEND CONNECT, bagi alasan malas!
jangan berblogging kalau MALAS!
pengguna blogskin pun tak payah la nak bagi alasan tak boleh guna GFC sebab dah ramai pengguna blogskin letak benda ni.. dunia blogging dah maju la..
kalau ada masalah, tanya la siapa-siapa yang lebih arif..

AKU BENCI PLAYER SCM!
aku dah tulis kat atas shoutbox tu..
tak tahu la kalau ada yang buta huruf..
"pastikan TAK ADA PLAYER SCM"..
sebabnya, player ni tak mesra blogger langsung!
buat berat loading blog je.. dan, akibatnya mana-mana blog yang ada player ni, akan terus diblock!
so, what do you expect?

TAK RETI NAK TINGGALKAN LINK KE?
aku buat shoutbox tu, bukan suka-suka je..
bila korang dah follow, tinggalkan jejak dan please!
letak link blog korang.. BUKAN E-MAIL!
aku tak faham la yang jenis letak e-mail ni.. nak suruh buat apa bagi e-mail?

so, siapa-siapa rasa dia follow aku, tapi aku tak follow dia, apa kata korang PRINTSCREEN yang korang dah follow aku..
nanti, aku dengan ringan tangan follow korang..

nota zizie : sorry, hormon tak berapa nak stabil :P

You Might Also Like

19 comments

  1. hentam lagi... hentam lagi... hahaha...

    tau takpe zizie, ade mase tu wan pun xtau nak ckp ape dgn org yg letak bende comey2 tu.. kite yg seikhlas hati nk follow pun boleh sakit hati dibuatnye... ^^,

    "keep smiling"
    ^_^

    -Wan Niahix-

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni buat tak tahu jela wan.. yang blogger lama ni pun bagus jugak.. gi wat tutorial pasal button tu kenapa.. padahal dah tahu pasal button tu.. =.="""

      Delete
  2. SMUA AKA TLIS DI ATS ITU SY SETUJU..lAGI STU SY X SUKA ORG GUNA BLOGSKIN..mCM SMUANNYA SMA JE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agakla.. akak xkisah sangat kalau yang guna blogskin ni.. tapi, seyes sakit hati bila dia bagi alasan malas.. pastu, terhegeh2 suruh follow.. =.="""

      Delete
  3. buat xtau je..
    selalu jugak kena camtu..
    suka letak email & tak letak link blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni memang nak buat xtahu je.. b4 ni kesiankan aje.. hahahahaha..

      Delete
  4. ade juga org mcm tu ye...donia2...kl follow..alhamdulillah..xfollow..xpe...jgn la sampai nak marah blogger lain....wat malu jek...

    ReplyDelete
  5. hahaha suruh org follow tapi x bg link haha dah la paksa org follow balik kan ? hehehe >:D

    ReplyDelete
  6. hahaha mcm emo jer mnaip n3 itu..itula. padahal itu salah diorg, lps tu labelkan kita bajet retis sb takmo follo mereka...=.='

    ReplyDelete
  7. haha..marah betul zizie erh xD
    tp sgt sengal bile xtgl link and gune button comel tp salahkan kite
    nnt burukkan nam ekite kan T.T
    Mai penah kena, malu jd

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakap lembut-lembut tak nak dengar, kita marah pulak.. tengok dgr ke x.. hahaha... 3:)

      Delete
  8. saba ye zizie, hanna pown kekdg penah kene cmtu..menyirap plak hati kite nie kan..pape pown saba je la. oke, senyum~ :)

    ReplyDelete
  9. takut la zizie marah. :). mmg mcm2 org pelik kat dunia ni. tp kan, bukannya wajib pun kalau org follow kita, kita follow dia balik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bukan marah la.. teremo sikit.. wakaka... btol3... kadang2 nak cakap je kat orang tu, "SUKA HATI AKU LA!" hahahaha...

      Delete
  10. Saya pon pernah kena. :3 Sabarkan aja

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.