"Cikgu" Is A Tough Work!

22.2.13

menjadi adik kepada kakak-kakak yang memilih profesion guru sebagai kerjaya dorang, buat aku sedar betapa letih sebenarnya kerja cikgu ni..
even though ada cuti di hujung minggu, korang ingat dorang cuti sangat ke kalau ada yang kena pergi kursus sana sini, jadi cikgu pengiring ke sana sini..
memanglah pandangan mata kasar manusia ni nampak cikgu pergi sekolah, mengajar, balik sekolah..
tapi, banyak benda sebenarnya dorang nak kena fikir bila orang atasan especially guru besar/ pengetua nakkan gred student meningkat..
jangan ingat student aje yang stress.. cikgu pun sama..


baru-baru ni, dengar lah angah mengadu pasal kes ni..
dalam meeting, guru besar pesan supaya jangan 'sentuh' budak..
well, angah baru aje pindah ke sekolah di Taiping.. masa dekat Terengganu, guru besarnya lain..
siap berpesan kalau ada murid yang buat masalah, rotan aje.. kalau ada parents attack, dia akan bertanggungjawab..
salute that headmaster!!

antara keluhan angah, "ingat kita ni suka-suka nak merotan budak ke.. kalau dah tegur tapi tak nak dengar cakap, tak buat homework, kena la denda supaya dorang beringat.. dah jadi macam ni, malas la nak ambil tahu hal budak-budak yang buat masalah.."

 tak patut rasanya kalau cikgu tak boleh marah murid-murid yang degil..
yang mengajar bukannya ibu bapa atau penjaga..
kalau setakat cikgu denda berdiri atas kerusi, jalan itik atau buat homework di luar, benda tu normal kot sejak zaman mak bapak aku lagi..
takkan sekarang nak kepochi pasal denda sebab tak buat homework? marah pun tak boleh.. what the heck..

aku faham la ada parents yang trauma takut anak dorang kena dera teruk-teruk sebab sebelum ni ada kes macam tu kan..
negara kita ni ada undang-undang so, parents don't need to worry la.. most of cikgu-cikgu yang denda ntahpapa dibawa ke muka pengadilan kan..

kalau dah betul anak-anak tu tak buat homework, biarkan jela cikgu-cikgu ni buat kerja..
just like my sis said, dorang bukan suka-suka nak denda bebudak..
bila cikgu nak denda sebab tak buat homework, parents marah cikgu pulak..
sebab kat sini pun kita boleh nampak yang parents tak amik cakna anak-anak dorang tu ada homework ke tak..
so, fikirlah salah siapa kan..

kalau ada yang berperangai teruk, kaki buli, ponteng sekolah dan macam-macam lagi tak boleh kena marah, kena denda, apa nak jadi kepada sekolah?
kot-kot nanti sekolah tu bertukar jadi sekolah juvana..

luckily my parents tak macam tu, siap pesan lagi kat cikgu, "kalau anak-anak saya ni nakal, tak buat kerja sekolah, denda je dorang ni.."

nota zizie : ada sesiapa nak request aku sambung cerita DHA? hihi ;)

You Might Also Like

10 comments

  1. Dulu2 masa akk sekolah xkisah pun kalau anak2 di rotan guru tp sekarang nie lain plak halnya kan...mmg jauh beza dulu dan skrg..

    ReplyDelete
  2. Biasanya ibu bapa yg bela dan pertahankan ank ni.. X seberapa pun anaknya.. Jgn slhkn cikgu la lau msa dpn nnt ank dia ketinggalan dr org lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. mengajar sendiri la anak tu kalau dah over sayang sangat..

      Delete
  3. guru sekadar melairkan anak murid yang cerdik dan celik ilmu,,ibu bapa pulak yang melahirkan anak mereka..kalau ibu bapa tidak dapat menyediakan diri untuk menjadi guru kepada anak2 adalah lebih baik biarkan guru itu menjalankan tugas mereka..mana mungkin seorang guru akan marah dan menghukum melulu semata..jauh beza zaman akak sekolah dulu..sangat2 berbeza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sangat2 jauh berbeza.. tsk. tsk.. tsk..

      Delete
  4. btul tu,, mak dan ayah saya ckp kt guru kls masa perjumpaan dgn ibu bapa,, mereka ckp 'denda ja kalau dia bercinta asalkn anak saya x mati'

    ReplyDelete
  5. Sy baru btugas jd guru. Mmg susah. Lg2 kalau bdk2 tak nak dengar ckp. Sakit jiwa.. huhu

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.