DHA-2

4.2.13

I guess what I'm trying to say is I need the deep end 
Keep imagining meeting, wished away entire lifetimes. *1

are you mine berdentum di earphone tetapi mata hanya tertumpu bait-bait kata di penanda buku..
"The happiest people don't necessarily have the best of everything. They just make the best of everything they have. -D-"
 aku melepaskan keluhan panjang.

"Jat, mengeluh nampak. budak dekan macam kau takkan ada masalah study kot?", roommate aku, Pijo, kalau tak mengenakan aku satu hari sekali, memang tak sah!
modal utama, "budak dekan".

"manusia mana tak ada masalah, kau list kan aku nak baca".
"hahaha! okay, okay.", pijo mengangkat kedua belah tangan tanda mengalah.
Pijo bangun daripada meja study dan menghenyakkan badannya ke katilnya.

"story la. aku dengar.", bersunggunh-sungguh riak muka dia.
"tak ada apa la. kau pergilah study.", malas aku nak melayan perangai busy body pijo. dia ni memang seorang yang terlebih prihatin. tetapi, aku lemas sikit dengan perangainya yang satu tu.
"hoi! baik kau cerita sebab aku dah siap sedia.", pijo membaling bantalnya tepat mengena ke muka aku. siot betul mamat kebajikan ni!

"ni!", pijo menyambut penanda buku di tanganku.
"kenapa dengan ni?"
"tu jela masalah aku", aku berlalu keluar ke bilik air dan aku sempat menangkap pijo sedang memaki hamun aku.
"kau sibuk sangat",getus hati aku.

lega hati aku bila pijo dah kembali masuk ke alam study dia.
"Jat!", ades! takkan tak habis lagi kot.
"hmmm"
"kau jangan chiao dulu after final. rumah aku ada buat makan-makan sikit a day after kita habis final. malam taw. join eh", aku berpaling ke belakang memandang pijo.
"emmm. okay. tapi, aku datang makan je.",nasib baik aku tak beli tiket pulang ke kampung lagi.
"itu kau tanya mama aku. hahaha!".
aku hanya menggelengkan kepala lalu merebahkan badan ke katil. penanda buku di sebelah bantal, ku capai.
D. manis.
penanda buku ku selitkan di buku nota dan masukkan dalam beg.

ayat tiga Qul, ayat Qursi dan surah Al-Fatihah ku baca sebelum melelapkan mata.
dah menjadi amalan dan lagipun tok selalu pesan untuk elakkan gangguan syaitan.
good night D.

*1 - Are You Mine by Arctic Monkeys

You Might Also Like

3 comments

  1. pakah rahsia disebalik penanda buku itu? jeng3.. hehe. teruskan2 chaiyok2. :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.