DHA-3

4.2.13

suasana riuh-rendah sedikit pun tak menarik perhatianku.
yang datang kebanyakannya classmate pijo.
pape jela. yang penting, aku dah merdeka!
tak sabar aku nak balik esok merasa masakan tok.

"eh, jat! makan la, apa duduk sorang dekat sini?", budak ni memang tak reti bagi salam. entah bila dia ada kat sebelah aku pun, tak tahu.
"nanti la. ramai jugak classmate kau ek.", saja nak berbasa-basi.
"dorang ni classmate aku dengan budak-budak kelab kayak aku.", aku hanya menganggukkan kepala.
pijo ni memang suka sukan air. waktu aunty su mengandungkan pijo, aunty su suka main air. itu apa yang pijo ceritakan, kononnya terkenan.
"aku nak ambil makanan. kau dah makan? asyik melayan tetamu je dari tadi", aku bangun dari duduk.
"pergi la dulu. aku tuan rumah, pandai-pandai la aku. hahaha.", aku hanya menjungkit bahu dan melangkah ke arah pantri yang dikhaskan untuk  mengambil makanan.

ayam bakar, daging bakar, sosej bakar dan beberapa jenis seafood terhidang di hadapan mata.
kecur pulak bila tengok makanan-makanan ni.
penyepit dicapai dan serang!!

"Aida, kau nak makan apa?", suara gadis di sebelah menarik perhatianku. seperti pernah ku dengar lunak suara itu.
aku memberi sedikit ruang untuk dia mengambil makanan.
D!

nak bagi sekarang ke? habis tu, bila lagi.
selepas peristiwa kat library, aku dah tak jumpa dia dan penanda buku tu masih ada di celah notebook aku.
aku hanya memerhatikan dia dari jauh.
sesekali dia bergelak tawa dengan rakannya tetapi jarak yang agak jauh menyebabkan aku sukar untuk melihat lesung pipitnya yang comel.
makan dulu, nanti aku fikir nak bagi ke tak.

"mama pijo ni tempah catering mana ek? sedap la makanan-makanan dia. boleh la aku tempah untuk wedding aku.", tersedak aku mendengar kata-kata aida.
"kau tak ada calon, jangan nak berangan pasal kahwin la. hahaha", aida mencebikkan bibir mendengar kata-kataku.

"hi girls, how's the food?", pijo datang menganggu perbualan dua gadis tersebut.
"sedap sampai aida nak tempah untuk wedding dia.", mereka bertiga bergelak tawa.
"dee, somebody give this to you", pijo mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.
"eh, this is mine. macam mana kau dapat ni?", aku tak sedar pulak penanda buku yang aku buat sendiri ni hilang.
"kawan aku yang suruh aku bagi. yang lain, aku tak tahu", pijo menjungkitkan bahunya.
"who's your friend?", kawan yang mana satu pulak ni.
"Jat. dia dah blah la sebab esok dia nak balik kampung.", pijo membalas apabila aku memanjangkan leher mencari gerangan tuan punya nama.
"owh. say thanks to him". sedikit hampa bila tak dapat ketemu orang yang jumpa penanda buku aku.

"Jat.", terngiang-ngiang nama tu di telinga aku.
penanda buku di atas meja ku pandang.
tiba-tiba aku teringatkan arwah jep.
jat. jep. jat. jep. jet. jap. eh! lucu pulak.
terkumat-kamit mulutku melafazkan Al-Fatihah untuk arwah.

miss you jep.
thanks jat.


nota zizie : tell me if you boring, and i'll stop writing it. hee :D

You Might Also Like

2 comments

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.