How I Survived

2.2.13

buka mata je, aku rasa diri aku ni macam kena salai atas bara, hidung tersumbat dan rasa berat je badan ni..
dun wori sebab benda-benda di atas tak ada kaitan dengan sebarang aktivis paranormal mahupun abnormal..

semua ni berpunca daripada flu, jangkitan daripada khalif..
bila dah flu, susah betul nak hilang!
dan virus-virus keparat ni mula la serang antibodi2 aku..

tekak, kepala, badan semuanya rasa tak sedap..
aku dah kalahkan cacing kepanasan.
berguling sana sini mencari posisi yang akan buat aku selesa...

aku mintak belikan panadol soluble tapi mak suruh aku telan actifast..
aku malas la nak menelan bagai sebab tekak aku rasa perit..
mak suruh aku mintak adik aku belikan tapi adik aku tak nak layan dek melayan perasaan di psp...
sampai hati kau tak kesiankan akak kau kan :'(

sampai ke petang, badan aku dah nak panas..
okay, ini tidak boleh dibiarkan!!
biarlah aku melayani diri aku ni sementara masih berdaya...


kalau selsema, jangan la asyik nak sedut tu hingus tu masuk balik dalam hidung..
lagilah susah nak hilang selsema tu..
so, buang hingus tu kalau dah teruk sangat-sangat..
sebab tu la sapu tangan sangat penting di saat-saat macam ni dan sapu tangan tu pulak, kalau dah penuh dengan lendiran hingus korang, pergilah basuh, guna sapu tangan lain pulak.. jangan jadi tak senonoh!
satu lagi, tukar sapu tangan tu after sehari dah guna, jangan letak merata-rata! habis berjangkit dengan orang lain..
kalau rajin, selalu selalu la keluar masuk bilik air ye..

minum air masak banyak-banyak!!
kat rumah aku ni ada satu labu sayong..
kitorang akan make sure dalam labu sayong tu akan selalu ada air sebab air yang disimpan dalam labu sayong ni akan kekal sejuk...
kenapa tak guna peti ais je? sejuk labu sayong dengan sejuk peti ais lain..
sejuk peti ais tak berapa elok untuk sistem badan walaupun ianya sangat selesa untuk tekak yang kekeringan dan kehausan..
sejuk labu sayong ni macam sejuk nature gitu..
kalau nak aku terangkan, mau berjela panjang pasal kebaikan tanah liat ni haaa...

memandangkan aku tengah sakit tekak, aku elakkan makan benda yang panas, pedas atau keras...
nasib baik hari ni mak aku masa mee rebus, senang sikit aku nak telan.. huhu..

lepas dah makan, telan la actifast dan berehat..
dan aku rasa mata aku ni macam dah berat je rasanya... :P

You Might Also Like

8 comments

  1. elakkan guna kipas angin sangat..nanti dada sejuk..lagi payah nak bernafas..

    ReplyDelete
  2. Demam selesema memang perit sikit kan.. sabar na banyak2 doa supaya cepat sembuh. :) rajin buang selesema, banyak minum air putih, makan ubat antibiotik InsyaAllah cepat sembuh dear.. :)

    ReplyDelete
  3. pandai eh wat cartoon tu.. ingat dak ftmk je tahu..hehe =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi... kartun sungguh bebudak ftmk ye.. hahaha...

      Delete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.