Kenapa Ibu Pergi?

12.2.13

Aqif berjalan sambil menundukkan kepalanya. Esakannya jelas kedengaran menyapa telinga Andak. Andak yang sedang duduk bersandar di dinding hanya memerhatikan Aqif. Aqif berhenti di hadapan Andak dan memandang Andak dengan mata berkaca. Andak menghulurkan tangan  kepada Aqif dan Aqif menyambutnya. Lantas, Aqif ditarik ke dalam pelukan Andak tetapiAqif masih lagi menangis dalam pelukan Andaknya.

“Andak, kenapa ibu tinggalkan Aqif? Ibu dah tak sayangkan Aqif ke?”, hati Andak dipagut sayu mendengar rintihan anak kecil itu.

“Shhh.. Tak sayang. Bukan macam tu.”, Andak berusaha memujuk hati anak kecil itu sambil mengesat air matanya.

“Tapi, ibu tinggal Aqif.”, Andak menepuk belakang Aqif untuk menenangkan Aqif. Bukannya Andak tidak tahu Aqif sangat rapat dengan ibu. Tetapi, anak kecil ini perlu menerima kenyataan.

“Aqif janganlah cakap ibu tak sayangkan Aqif. Aqif tahukan ibu sayang Aqif? Sebab tu Aqif lahir kat dunia ni.”

“Aqif nak ibu.”, Andak menjadi buntu mendengarnya. Dia telah berjanji kepada ibu yang dia akan menjaga Aqif jika ibu tiada.

“Aqif, kalau Aqif sayang ibu, Aqif dengar cakap Andak ye?”, Andak memandang jauh ke dalam anak mata Aqif. Dia perlu mengotakan janjinya kepada ibu.


“IBU…”, Aqif hanya terus memanggil ibu.

Andak memeluk Aqif dengan kemas lalu berkata, “ Nanti ibu balik la. Ibu pergi beli barang kejap je. Ngada la Aqif ni.”

That’s my nephew bila dia dah buat drama air mata. Bwahaha…

nota zizie : shoutbox aku kat bawah la.. rajin2 la skroll ke bawah =.='''

You Might Also Like

4 comments

  1. hehe...pasal tu rupa nye nice entry

    ReplyDelete
  2. masyaAllah..sedu sedan dok nangis ye nak ikut pegi kedai..ihihihihi..cumill sgt la tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dari dulu mcm tu.. penuh dgn drama.. hahaha...

      Delete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.