Long Dress Yang Cantik!!

12.2.13

Sejak aku gi KL jalan-jalan kat Mid Valley tahun lepas, mata aku ni asyik menonong je kalau ternampak long dress..

Adakah hati aku sudah terpaut sama itu long dress?
Opokos! Sebab long dress yang aku tengok hari tu sangat la comel, coulourful dan gile cool…….
So, semalam, after mak bertolak balik ke Terengganu, aku rayukan jugak kat angah untuk bawa aku jalan-jalan ke sekitar Taiping ni haaa..
Tetapi, memandangkan hujan yang lebat, berjalan-jalan di Taiping Sentral aje la..

Jalan punya jalan, punya jalan, angah aku masuk kedai-kedai baju la pulak..
Terus aku capai dua long dress yang aku suka tengok (tapi, tak boleh beat yang aku nampak kat Mid Valley) tu masuk fitting room..
Bila badan dah kurus, senang nak sarung mana-mana baju… Bwahaha!!
Wallaweh!! Tak sangka cun jugak aku pakai macam ni..
Aku keluar, try lagi patterns lain..
Ada aku kisah dengan salesgirl yang duk menengok..
Angah dengan abang ngah pun tak perasan apa yang aku buat sebab sibuk bergaduh pasal baju-ni-cantik-ke-tak.. bwahaha!!!
Ada yang seksi nokharom… isk isk isk.. Kalau pakai goda suami boleh la kot.. Muehehe..
Tapi, kedai tu tak banyak sangat yang cantik-cantik..

model dia memang cantik tapi aku suruh tengok bajunya!!

Tengah aku duk syok menyarungkan long dress uhh, tetiba angah ketuk dari luar tanya aku tengah buat apa..
Tergelak dia bila dia tahu apa yang aku tengah buat..
“Minat long dress dah ke wahai adik ku yang brutal?”, cantik punya soalan dia bikin hati gua panas je..
“Cantik apa..”
Angah pun sibuk jugak nak try bila dia pun setuju baju tu nampak cantik..
Kalau ikut hati, aku nak gelak berguling-guling macam tenggiling tawaf satu kedai tu bila angah pakai nampak macam ibu mengandung.. HAHAHAHA!!!

Angah aku suruh beli tapi, aku tak ada fikir sampai ke situ sebab hanya try untuk suka-suka dan malas nak layan perangai shopping angah.. Bwahaha!!!
Angah aku ni pulak tak reti-reti.. Belanja la aku sepasang dua.. Hihihi..
Aku nak tangkap gambar aku tengah pakai long dress tapi bateri fon time tu KONG-xi-fa-chai la pulak!!

Akhirnya aku pulang dengan tangan membawa sebungkus kuaci dan kaki yang keletihan berjalan ke sana ke mari sebab pakai wedges (ya! Aku dah pakai benda alah tu skang.. bwahaha!!)

nota zizie : aku tengah fikir nak beli ke tak.. @.@

You Might Also Like

7 comments

  1. memang teringin kot nak beli baju camni.. tapi apakan daya.. sy takde saiz la.. x cukup tinggi.. asyik kena potong..

    ReplyDelete
  2. mmg cantik pun dress ni! ;) beli je laa zie.. kot kot nak pakai nanti dah ade hehe

    ReplyDelete
  3. hahah... KONG-xi-fa-cai pon boleh jadi ekk =D

    ReplyDelete
  4. http://thepoplook.com/6-dresses nah. kat sini best best woo nak beli dress ke hape. just sharing.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam singgah sini dik...memang cantik jer dress ni..akak pun teringin nak beli...hehe..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.