Aku Ingat Dah Mati, Baru Nak Berundur, Tapi AKhirnya Aku Marah.

14.3.13


assalamualaikum & hello ebelibodi..
seperti yang korang dapat lihat gambar di atas, aku sedang sakan main Flower Shop..
itu ajela satu-satunya game facebook yang tidak di block oleh wifi kolej.. sadis!

so, di samping tak ada idea untuk update dan busy dengan kerja-kerja, itu ajela yang aku buat kalau online..
sambil-sambil buat kerja la kononnya..
jadi, blog ni agak terabai.. bukan agak.. memang!


bila nak mencurahkan idea dalam kepala otak ni, ini la apa yang aku nampak di dashboard..
terus idea tu hilang dibawa angin.. puffff....
sedih, sedih, sedih...

memang rasa sayu je dan rasa macam blog ni dah mati.. huhu..
memang tangan ni hampir-hampir dah nak delete blog ni..
tapi, TAK SAMPAI hati!!
dia dah bersama dengan diri ini sebelum mereka-mereka yang lain mendampingi ku...
dia bersama denganku tika susah dan senang...
takkan aku nak buang macam tu je!!!
tapi, kesibukan yang melanda diri ini membuatkan aku rasa bersalah dengan dia...

tapi, tak sangka WW semalam telah mengembalikan segalanya kepada normal.. Alhamdulillah!
thank you mr. wonderwall..
kemudian, lama aku berfikir...
dan aku marahkan diri sendiri..

zizie, apa tujuan masa kau mula berblogging?
bukan mengaut follower! bukan nak jadi famous!
itu bukan niat asal aku..
niat asal aku cuma nak hilangkan boring dan cari medium untuk aku share apa yang aku alami dalam kehidupan aku dan semoga ianya menjadi pedoman hidup kepada orang lain..
aku tau la bunyi macam klise gile..
tapi, memang klise kan walau apa pun kita lakukan, niat tu yang menjadi akar..
kalau niat tu baik, buah pun masak ranum je..
tapi kalau niat tu tak baik, buruk la buah tu...

niat itu akarnya..
hasil itu buahnya..

You Might Also Like

9 comments

  1. tak payah laa delete blog. kalau malas update, biarkan je camtu.. sbb nnt satu hari nak blog balik, takda laa menyesal dah delete blog lama. (pengalaman sendiri) ehee :)

    ReplyDelete
  2. jgn skali delete blog. .nnt myesal xsudah. .frust kang. .hehe

    ReplyDelete
  3. wah..nape sampai nak del blog...
    biar je kat situ..
    kalau blog ni del.. Am nak stress nanti
    nak lepak katner lak? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haish.. zizie kena tukar nama blog kepada kedai kopi la camni.. hihi..

      Delete
  4. Ahaks.... biarkan je dia bersawang... ada masa polish arr balik....

    ReplyDelete
  5. jangan delete blog akak !! jangaaaaannnnnnnn *over* . kehkeh .

    ala kalau akak delete , nanti datang balik semangat nak blogging tu . hehe

    ReplyDelete
  6. Aww that is sad, when you working up into something then you giving up on half way :P
    Don't give up, you can always post something whenever you have something in mind. It doesn't have to be daily updated, it just you have to be updated xD
    That is blog.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.