On the road

12.3.13


10/3 – aku tolong bawakkan motor ain balik ke kolej.. hampir-hampir nak accident sebab motor ain terlampau ringan dan angin yang kuat.. perghhh.. motor tu macam dah kena tarik keluar dari jalan raya.. memang aku tekan habis la semua brek.. brek kaki, brek tangan.. mr. wonderwall pun dah jauh ke depan dah masa tu.. huhu.. syukur la tak jadi apa-apa dan aku bawak perlahan-lahan je la sebab dah takut sangat-sangat.. plus, ada motor dah terbarai kat tepi jalan dan ada kereta polis.. adoyai.. ini mesti baru lepas accident… kalau aku accident jugak, dah ada dua accident la jawabnya.. huhu..



11/3 – macam biasa, kalau naik motor kitorang akan lalu dekat MMU dan ikut jalan taman perumahan.. masa lalu dekat MMU, perjalanan kitorang agak terganggu sebab ada bas sekolah MOZAC (Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah) di hadapan.. aku terfikir bas ni lepas ke tak sebab kiri kanan bahu jalan berderet dengan kereta.. maybe kereta-kereta staf/student/lecturer MMU.. dan akhirnya perkara yang aku jangkakan, berlaku!! Macam biasa la kan.. firasat aku ni selalu aja mengena.. bwahaha!! Sebuah kereta vios tercalar dari depan hingga ke belakang akibat geseran dengan bas MOZAC.. perghhh!!! Kalau aku jadi pemilik kereta tu, mau aku meroyan kat situ jugak! Teruk kot! Bas tu pulak semedang je blah macam tu je.. haih…. apa la nasib pemilik kereta tu...

Itu la ragam-ragam manusia di jalan raya.. macam-macam ada..
so, please la jadi driver yang berhemah..

You Might Also Like

3 comments

  1. Sungguh jahat driver bas itu...

    ReplyDelete
  2. hati2...sbb slalunya kenderaan besau2 x respect ngan kenderaan kecik.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.