Rosak Mood Study!

23.3.13

muka masam!

siapa ingat doodle kat atas ni?
first doodle chibi yang tak menjadi! hahaha..
okay, bukan nak cerita pasal doodle pun..

aku bengang!
start minggu depan--quiz dan test akan menghantui kitorang..
aku punya la rajin petang tadi *at last rajin aku dah datang!* kemas bilik sebab nak pulun study malam ni..
sekali, sebelum azan isyak berkumandang, kedengaran la ceramah politik..

kerajaan atau pembangkang?
hah.. kan nanti aku mention mana satu kang, kena saman.. so, korang fikir lah sendiri..
tapi, tak kisah la parti mana pun nak buat ceramah politik, boleh tak jangan ganggu ketenteraman awam?
lagi-lagi mood anak muda harapan bangsa yang tengah ada mood nak study ni!

dah la buat ceramah tu, macam satu melaka ni dia nak bagi dengar..
yang bagi aku panas, dia main jerkah-jerkah pulak..
aku tak tahu la pulak audiens dorang tu semua pekak sampai pakai mic pun nak kena jerkah-jerkah..
hish!
tak boleh ke cari mana-mana dewan tertutup?
at least, kurang la sikit kebisingan tu!

aku melatah, membentak, marah ni bukan sebab aku sorang je rasa terganggu..
kawan-kawan aku pun rasa benda yang sama sampai semua tolak buku ke tepi, tengok runningman, gelak kuat-kuat sebab nak lawan suara jerkah punya pasal *kot*

OMG! aku memang tunggu dorang habis je ni..
aku nak study la.. :(
kalau aku tak dapat jawab soalan, aku boleh marah parti politik yang "perdajal" aku malam ni kan?

nota zizie : cis! ini ke fikir pasal rakyat?

You Might Also Like

12 comments

  1. ishh3 teruk betol kan...kalo nak berpolitik pong pegi laa dalam dewan tertutup xyah nak bising2 mnganggu orang je kan...
    sabar zizie sabar,dugaan ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.. habis sabar la ni... huhu..

      Delete
  2. Biasalah tu ..pru nk dekat.. I rasa x blh salahkan mereka 100%.. Kita mahasiswa perlu matang dan bertindak secara rasional sesuai dan keadaan.. U boleh study kt tempat lain.. Cewah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya I ni duduk kolej luar kampus.. kalo dalam kampus, I dah lari pergi library.. kira okat la ni I tak pergi hentak speaker dorang.. tak cukup rasional ke ni? ke U orang politik? ekeke..

      Delete
  3. tutup telinga dengan kapas lah zizie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasang lagu kuat2, guna earphone pun boleh tembus kak.. huhu.. canne tu?

      Delete
  4. Sabar la ek...apa leh buat. Kdg2 lecturer ni suka lelebih... :)

    ReplyDelete
  5. aduh! ada jgk camtu yew wak..tak hormat tol...politik2 jgk kan..adus~

    ReplyDelete
  6. bella yg tak exam ni pun kemain hangen bila dgr org berceramah politik bentak2 gitu . bella rasa macam tahu je pihak mana yg berceramah tu . kihkih

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.