Space Shuttle!

17.3.13
kelmarin, 15/3/2013, aku dan baby dibawa berjalan-jalan oleh iki..
okay, tujuan utama dia just kononnya nak bagi kitorang merasa naik kereta yang dibawa.. eleh, dia kebas kereta mak dia jer! :P

susah betul bila kitorang bertiga dalam satu kereta..
kereta tu tak ada la besar mana, tapi sorang-sorang nak cakap kuat-kuat macam jarak antara satu sama lain 100 meter... hahaha!!
last-last, "iki, kalau kau nampak 7e, kau berhenti la kejap.. aku nak beli air..", tekak kering punya pasal..
tapi aku ngan baby tak berani nak turun sebab si daq iki ni ugut nak tinggal kitorang kalau kitorang turun.. huhu..
kejam siot!

shoot ke pantai puteri lepas tu patah balik ke melaka raya..
sebab apa?
sebab kitorang mencari-cari tempat ini..


YES!! baby telah mengheret kitorang ke funfair..
OMG! dan percaya tak ini kali pertama aku jejak kaki ke sini..
i mean, FUNFAIR.

1 token = RM2..
kitorang ada 9 token..
mula-mula nak naik ali baba..
last-last diajaknya kita naik space shuttle!! sebab iki komen tak thrill..
space shuttle ni ala-ala buaian..
aku dalam hati rasa tak sedap dah sebab sebelum ni aku pernah naik yang kapal punya dekat pirate park (aku tak sure nama tempat tu) yang dekat dengan ocean (sarang mak nyah di waktu malam)


iki, kitorang paksa duduk depan sebab kalau nak muntah, muntah atas kepala dia je! hahaha!!
lawok betul sebab kitorang bertiga je yang main benda alah tu..
aku menjerit sebab aku rasa nak muntah.. baby pun sama sebab dia rasa lawak gila!
iki? hahaha.. baby suruh, " iki, kau jerit la.. baru best!"
tapi, dia jerit "haaa~~" dengan nada mengejek sambil goyang-goyangkan tangan..
HAHAHAHA!!

ada baki lagi 3 token, kitorang main lempar gelang kat botol..
iki berlagak kata terer.. so, dua gelang sorang satu...
tapi, kitorang bertiga, tak dapat masukkan even satu gelang pun..
aku pulak terover baling la pulak.. nasib botol kaca tu tak pecah..

habis main, terus balik..
aku pening, rasa nak muntah!
simptom macam perempuan mengandung pulak!
sumpah lepas ni, aku tak nak naik benda tu!

ada ferris wheel, tapi aku tak nak naik sebab...
itu angan-angan aku..

oh! btw, kalau pergi funfair, jangan la main game yang ala-ala judi tu..
yang aku nampak kat funfair tu, dorang bertaruh letak air tin atas petak yang berkaler, then pemenangnya dikira melalui bola-bola yang berkaler ikut kaler kotak yang dorang pilih.. itu kira macam judi yang ada kat kasino tu kan?

p/s : bajet nak celebrate ke-single-an..

You Might Also Like

11 comments

  1. Replies
    1. haha... Am seronok maen buaiyan
      yang pusing2.. cam nak terbang je...
      pakai kasut tercabut kakakah.. buat malu je :)

      Delete
    2. oo.. yoyo ek? tu dalam gambar first tu.. kat belakang tu kan..

      Delete
  2. ada yang lebih baik sedang menanti..akak pun tak pernah pegi funfair..tengok je dari jauh..kikikikiki..

    ReplyDelete
  3. huhuhu...lama tak pegi fun fair...best jer tgk

    ReplyDelete
  4. bestnye jalan2 ^^

    http://cartiecacloset.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. lama teman tak pi fun fair
    seronok main yang benda macam kipas tu
    hahaha

    ReplyDelete
  6. bella tak pernah lagi naik benda tu kak . teringin sangat tapi tak terrrnaik . hahaha .

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.