Aku Tak Layak Lagi.

10.4.13

siapa batch '92, say hi~

2013-1992 = 21.
ya, kalau diikutkan tahun, aku memang dah 21 tahun..
tapi, aku belum layak lagi untuk mengundi..
masih ada 5 bulan lagi untuk aku betul-betul berumur 21 tahun..

aku teringin nak mengundi..
ingin menjadi salah seorang rakyat yang memilih kerajaannya sendiri..
tapi, aku belum layak jadi aku menggantungkan harapan kepada para pengundi yang layak untuk mengundi..

ada kawan-kawan sebaya yang dah mencapai umur 21..
aku mesti akan wish,
"selamat mengundi"
tapi, agak kecewa ada segilintir yang menjawab,
"tak nak undi la!"
"jom buat undi rosak!"
aku harapkan mereka hanya bergurau kerana segala-galanya terletak di tangan kita..
walaupun pendatang asing telah diberikan IC, dan kita tahu mereka mengundi siapa, apa salahnya korang pergi mengundi..
kot-kot ada keajaiban berlaku... hehehe..



"ala, kau tak leh nak undi lagi, senang la nak cakap.. setakat sembang kosong, blah la"
"oh~ kalau tak cukup umur nak mengundi, tak layak la nak galakkan kawan pergi mengundi?"
kalau nak cakap politik, aku memang tak reti sangat..
sebab aku hanya mampu membaca dan mendengar orang yang pandai sikit pasal politik dari aku bercakap..
tapi, aku tak suka stick kepada satu sumber..
tak adil judge sebelah pihak je.. better perhati semua selagi boleh..
malas nak bagitahu kita ni sokong yang mana sebab ada yang bergaduh sesama kawan sebab politik..
itu bukan tindakan yang bijak.. sungguh tidak matang!

aku berharap PRU ni cepat-cepat la berakhir..
tak larat jugak tiap-tiap hari nak dengar orang sebut pasal politik..
cakap ada isi tak apa la jugak..
tapi, kebanyakannya pompang yang lebih..

korang nak undi siapa, itu hak korang..
berserta harapan negara Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang berkaliber dan mampu menyenangkan hati rakyat!

nota zizie : jangan la bergaduh sesama kawan kerana berbeza parti yang disokong :(

You Might Also Like

11 comments

  1. betui! aku baru cukup masa bulan 3 hari tu, tapi... xdaftar lagi... Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat ke nak daftar undi tahun ni? huhuhu..

      Delete
  2. Kita bukan gaduh dgn kawan, gaduh dgn boyfie sbb politik. x patut. hate !

    ReplyDelete
    Replies
    1. adess.. lg parah.. zizie pernah la gaduh.. tapi bila pk balik, dgr je la pandangan dy.. ambil yg baik, buang yg buruk..

      Delete
    2. tu la pasal kak. kite ikut je ckp dye. mudah dan senang

      Delete
  3. haa..sokong ayat ni.. > jangan la bergaduh sesama kawan kerana berbeza parti yang disokong :(

    ada gak ornag yang boleh mengundi cakp nk rosakkan undi..
    apalah,,mula2 baca entry agak kecewa kut..dengan perckpan orang yang dh boleh mengundi..
    keluarga ika sokong bn,, ahaha,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah la sokong yg mana..
      pergilah mengundi untuk masa depan kita :D

      Delete
  4. alahai...lom cukop 21 thn laie ghuponyo...xpo, next year sila mendaftarkan diri yo dik...akak nie dah masok kali ke-3 nak memangkah...blk parlimen sg petani, yess!!!!

    ReplyDelete
  5. xpe2 tunggu 4thn lg undi eyh dik.. ;) akak first time ngundi ni..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi.. okies :D selamat mengundi kak!!

      Delete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.