Tiga Hari

19.4.13

tiga hari berada di kampung, secara teknikalnya, sangat tak puas bagi aku..
itu pun, aku dah lari daripada tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar..
biarlah.. kalau aku tak lari ke kampung, ke mana lagi aku nak lari..
aku tak cukup duit nak lari ke Jepun, Korea mahupun Eropah.
acece.. kemain sebut yang jauh-jauh..
realitinya, untuk ke Bandung pun aku tak mampu.. kuang kuang kuang..

walau bagaimanapun, tiga hari tu, secara praktikalnya dapat tenangkan hati ni..
Alhamdulillah dah tak serabut macam hari tu..
kadang-kadang, waras macam mana pun kita, kita akan buat benda yang tak waras jugak..
so, daripada aku buat kerja tak waras, lalu aku waraskan diri dengan pulang ke kampung..
the best place untuk aku cari balik identiti diri yang semakin aku dah lupa..

tiga hari aku habiskan masa dengan Aqif..
rasanya first time aku menangis depan dia..
teringat dia tepuk pipi aku lembut, sambil berkata, "shhh.. jangan sedih"..
aqif.. aqif.. faham ke budak lima tahun ni? hahaha..
thank you sebab pujuk andak :)

tiga hari tu, petang-petang aku melangut kat tepi sungai, tempat aku bermandi-manda dengan sepupu sepapat aku..
rindunya diri yang dulu..
bermain dan bergembira, menangis pun sebab gaduh dengan abang dan kena rotan dengan mak sebab mandi sungai..
masalah besar macam mana pun datang, serupa macam tak ada..
miss it.. miss it.. miss it..


tiga hari aku memasang angan-angan..
untuk dilahirkan semula dan takkan ulangi kesilapan yang telah aku lakukan..
tapi, berpijak di bumi yang nyata, kadang-kadang kaki ni tak kuat nak tampung segala beban..
i need a hand, tangan yang akan memapah aku setiap masa sehingga aku kuat dan setia untuk memapahku kembali jika aku tak kuat lagi..

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.''

You Might Also Like

2 comments

  1. hehe.. rindu kat kampung.. T__T tunggu raya la nampaknya..nak tgk gambar Aqif..

    eh..serius kta baca tajuk entri ni kan kta terus ternyanyi lagu 3 hari 2 malam..rncangn yg femes dlu tu..hhuhuh

    ReplyDelete
  2. bestla ade kampung.,..huhu.. btw,jum follow saya jgk.. http://bluberrykiwiey.blogspot.com

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.