Adakah Hari Anda Produktif?

8.5.13

sejak akhir-akhir ni, aku banyak buat scheduled post.. hee :D
sebab aku ada masa untuk menaip entry hanya di kala malam..
bukan kerana aku seorang vampire yang comel tetapi aku cuba menjadi seorang student yang berdedikasi.. eh eh..
banyak kaitannya, banyak kerjanya, banyak serabutnya.. huwaa..

semalam, merupakan satu hari yang produktif walaupun sangat memenatkan!
kerana cuti selama empat hari, aku kembali ke tabiat vampire aku atau kawan-kawan aku suka panggil aku vampaya masa aku di asasi dulu.. cis! takpe.. vampaya yang cute.. wakaka!!
oleh itu, esoknya bila kelas dah nak start balik, malamnya aku susah nak tidur..
alih-alih, pukul empat pagi baru aku tidur.. itu pun aku tidur hanya selama tiga jam sahaja!!

ke kelas seperti biasa, dan aku sempat tidur selama setengah jam sementara menunggu kelas seterusnya..
balik ke kolej dalam keadaan basah kuyup, sempat juga aku tidur 15 minit sebelum pergi dinner dengan kawan-kawan..
balik-balik sahaja, aku dah kena mengadap 4 jenis lab report, dan satu proposal..

dan akhirnya, selepas bertungkus lumus, proposal sudah siap, ada lagi dua report yang belum settle..
tapi, beban tu sudah berkurang.. Alhamdulillah..
maka, berkelana la aku di hadapan laptop dengan mata stim minta tidur... hehehe..

apa-apa pun, aku rasa hari ni merupakan hari yang produktif sekali sepanjang aku hidup 20 tahun lebih.. haha..
bunyi  macam looser la pulak.. *malu!*
hey, i done my work, i have my time with my friends, i gotta chance for a little while to gaduh-gaduh manja dengan mr. wonderwall..
so, IT'S REALLY PRODUCTIVE!


lamanya tak buat WW.. nak letak gambar apa pun, tak tahu dah.. hahaha..
by the way, jangan kata aku sombong tak blogwalking kat blog korang..
memang weekdays aku sangat terhad, tapi bila weekend, aku akan datang ambush...
oh! thank you kepada pembaca setia ye.. nanti aku datang kat blog korang :)


nota zizie : ini pun scheduled post! hee :D petang nanti aku free.. kita date okay! ;)

You Might Also Like

5 comments

  1. buat apa yg penting dulu.. hehe.. bila dah settle semua baru rasa syok nak buat kerja lain ;)

    ReplyDelete
  2. xpe tunggu da rilex sket baru la ambushhhhh.

    ReplyDelete
  3. Go Kak Zizie. Go ! Dahulukan yang penting. =D

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.