Aku Memang Mengada-Ngada - MAKAN

17.5.13
aku mengaku, aku ni memang seorang yang mengada-ngada..
orang nak menyampah, aku tak kisah..
tak suka, angkat kaki, bye-bye.. aufwiedersehen..

sedih sikit hati ni.. sikit je..
aku benci bila kat dalam rumah, aku lalu kat ruang tamu dan kawan-kawan aku yang sedang makan bertanya, "tak makan zizie? diet?".
aku buat bodoh je.. sebab aku tak suka..
diet? seolah-olah memerli aku. aku dah keding diet apa lagi.
dah nampak aku tengah berjalan, tang part mana lak nak makan..

satu hal aku tak suka bila mereka bertanya sebab mereka jarang sangat-sangat-sangat nak ajak aku pergi makan.
mungkin bagi mereka aku selalu pergi makan dengan mr. wonderwall..
wrong! mr. wonderwall pun tak ajak aku pergi makan, macam mana aku nak makan sekali dengan dia..

bukannya tak boleh makan sorang-sorang walaupun keadaannya nampak aku ni macam seorang yang single dan tak ada kawan..
tapi, aku rimas dengan ramainya jantan-jantan di kedai makan sebab kolej aku ni bercampur dengan budak lelaki..

bila aku makan biskut kering dengan cicah air milo, mereka menegur pun, aku tak suka..
nak je aku cakap, "korang tak ajak aku pergi makan, aku makan jela biskut kering ni!"
sabar jela.. sabar.. sabar..
nasib la perut ni dah biasa puasa makanan, terima air kosong je..
love you perut!

nothing biggie pun, tapi aku rasa nak tulis jugak pasal ni..
for your information, sekarang ni pun aku tak makan apa lagi..

kalau nak cakap, "budak ni kena dijemput, baru nak makan" pun, aku tak hairan..
memang tu pun yang aku nak...
so, sila la jemput!



nota zizie : entah la kenapa nak share tentang perangai mengada-ngada aku ni.. HOHO!

You Might Also Like

17 comments

  1. Tu bukan mengada-ngada tp manja! Hehe

    ReplyDelete
  2. hehe.kita pun kekadang mcm tu la.. makan ikut mood n rasa lapar baru nak makan..

    ReplyDelete
  3. jom makan sama nak tak?!!! ai ajak u ni hihihihi

    ReplyDelete
  4. tu bukan mengada-ngada :) kadang-kadang kita pun rasa terpinggir bila kawan kawan tak ajak kite makan. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. umm.. betul tu.. akhirnya, ada orang yg memahami... huhu..

      Delete
  5. Jom makan! :) ehehe..comel jee

    ReplyDelete
  6. Ko ni, mesti kat rumah dah terbiasa dijemput makan, ya ke tak?hahahaha

    Ak punya peel mengada, kalau buah yg kena kupas kulitnya, selagi takda org kupaskan, slagi tu la ak pndg sblh mata je. Dah ada yg kupas, baru ak sibuk nak makan,kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde r kena jemput.. kena perli, "kenapa tak makan? puasa ke?", mak.

      Delete
  7. Salam singgah. Setiap orang ada tabiat makan tersendiri. comel je kucing tu masuk dalam cawan tu. geram!

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.