D-Day : #PRU13

5.5.13

5 Mei 2013 dipilih sebagai tarikh untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU13)
tak sabar nak menunggu hari ini berakhir - tak larat nak baca pasal politik bila buka laman sosial..
surat khabar dengan tv, walaupun aku jarang sangat-sangat nak baca atau tonton, dah penuh dengan politik..
haiyyoo.. sikit-sikit hidup wa tara tenang baca sama ini politik..
sebab haritu aku berkobar-kobar nak pergi tengok movie kat kedai mamak.. sekali, dia pergi buka siaran pasal politik.. cis!! potong line!!

well, aku follow dua-dua page parti.. sama ada kerajaan atau pro-kerajaan..
so, kutuk mengutuk sesama sendiri, memang tak lepas la kan..
yang A kata kat B, yang B kata kat A..
kadang-kadang lawak pun ada..
sebab penuh sarcasm.. tapi, aku tak sangkal la ada certain things yang betul..
yang aku tak tahu menahu, aku malas nak komen.. aku baca tanpa ambil hati (apa kaitan ngan hati)

cuma kan..... aku tertanya-tanya..
kenapa ek... haish! susah pulak aku nak bertanya..
okay, aku bagi situasi la..

SITUASI : si A membuat status menyokong parti kerajaan.. lalu kawan-kawannya yang menyokong pembangkang membahan si A dengan komen-komen yang mengandungi fakta untuk melawan kerajaan.. kawan-kawan si A yang menyokong parti kerajaan datang back up si A.. tapi, akhirnya si A dengan rakan-rakannya mendiamkan diri apabila hujah mereka dipatahkan dengan komen-komen geng pembangkang..

situasi ni aku baca sendiri ek.. memang berlaku kat rakan di fb..
so, someone nak tolong perjelaskan hal ni?

satu lagi situasi common, pasal duit..
haritu, aku ada dengar sorang akak cashier ni cakap dengan kawan dia, "kau ni kira untung la kerajaan nak bagi duit kat kita.."
ehem! ehem! pada pendapat saya, duit yang kerajaan duk bagi untuk bantuan tu, bukan duit kerajaan!
ianya adalah duit cukai yang dibayar oleh rakyat.. so, theorically, practically and logically, we deserve to receive the money..
dekat twitter, aku terbaca ada orang tulis, "memang la tu hak kita, tapi kalau kerajaan tak nak bagi, kita tak dapat jugak kan?"
betul jugak kata hamba Allah itu sampailah aku terfikir...
"kalau kerajaan tak bagi hak kita, hamba Allah tu sokong apa la ek?"- hmmm.... korang rasa?

oh! by the way, untung la kawan-kawan yang study di UiTM Shah Alam dapat makan KFC free beberapa hari lepas..
ada pakwe kawan aku cerita, setiap sorang bawak balik tiga set..
wah! untunglah korang ek.. aku satu set pun, dah kenyang.. hihi..
tengah rezeki korang kan.. hambik laaa... (esok aku nak gi melantak kfc la!)

baru sekejap tadi, aku tertarik dengan post dari fanpage Blog The Other Khairul


betul tu apa yang saudara Khairul Anwar Azman ni cakap..
just hope kalau mana-mana menang besok, tak ada rusuhan.. Amin..

nota zizie : selamat mengundi bagi yang boleh mengundi.. jangan lupa goncang okay! ;)

You Might Also Like

8 comments

  1. Sangat-sangat sokong dengan entry akak dan pendapat kawan akak tu :)

    ReplyDelete
  2. Zizie dah boleh mengundi belum? huhu..
    bagus juga saranan en.khairul.. daripada kita doa yg bukan2 baik doa mcm tu

    ReplyDelete
  3. betul2.. suka ngan apa yg Khairul Azman tulis tu.. kita nak better nation.. ikutlah parti mana pun yg menang, asalkan negara kita akn jd lebih baik :)

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn kata-kata Khairul Anwar Azman.. Tapi skrg undi da x rhsia sbb org skrg suka sgt mnunjukkan dia sokong belah mana. Bila org hentam dia blik mula la nk marah sdg dia xsedar ayat dia agak kontroversi. Boleh x bley nk tunjukkan skongan, tp jgn over. Yg penting sama2 doa kearah kebaikan.

    ReplyDelete
  5. Yela kan, perang politik sana sini. Naik cuak jadinya. Sokong statement tu, mana2 pun menang, laksanakan tanggungjawab sebaiknya. =D

    ReplyDelete
  6. zizie mengundi tak? undi ape hahaha

    ReplyDelete
  7. betul tu... walau ape pun kite sokong, doalah Malaysia ni sentiasa aman dan semakin maju...

    p/s:Tuan puteri,nak ais.... hahahahaha.... main-main je...

    ReplyDelete
  8. hana xkisah pun. kita sebagai rakyat biasa ni cari makan ada tanggungjawab. kalau taksub sangat dengan parti2 ni nanti kita entah ke mana.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.