Day 1 : Basic Things About Me

18.5.13

kinda feel like playing 11 Thing About Me kan?
hahaha... okay, jangan nak mumbling lebih-lebih!


first of all, nama penuh aku Nurul Farahizzati binti Zakaria dan dah 8 tahun aku selesa dengan nickname zizie - ini semua angkara seniors masa aku kat boarding school.
aku ni asal dari Terengganu tetapi tak arif pasal negeri sendiri dan loghat pun, tak pekat mana.. sebab sejak umur 13 tahun aku dah mula hidup merantau..
aku pernah study di Kedah, Selangor, dan sekarang di Melaka (UTeM) ..

kalau dari segi personaliti, aku ni sebenarnya tak adalah peramah mana..
kalau orang tu jenis pasif dengan aku, aku akan pasif jugak..
tapi, bila dah ramah, gila-gila dan buat aku selesa, siap la dengan kenakalan yang bermaharaja lela di dalam diri ini.. hahaha...
aku ni sebenarnya panas baran.. tapi, aku jenis tak luahkan melalui mulut sebab kalau aku marah, aku menangis - itu aku betul-betul marah..
kalau aku tak menangis tu, maknanya aku berdendam la..
tapi, dalam baran aku, aku mengaku aku ni seorang yang manja..
manja tak ada la yang gedik-gedik tu! tapi aku suka dimanjakan macam baby - PAY ATTENTION TO ME.. haa cenggitu.. :P
dan itu menunjukkan aku kuat cemburu.. yup! aku memang kuat cemburu..
tapi, insyaAllah perasaan hasad dengki tu, tak wujud.. hihi..

currently in relationship dengan mr. wonderwall yang superb annoying..
kenapa dia annoying? hey, sekarang tengah cakap pasal diri aku.. bukan dia.. wekk!
boleh tengok kat sidebar dah berapa lama relationship kitorang..

aku tak suka benda yang rumit kecuali add math..
yes! i love numbers more than words..
nak buat statement bangga sikit - masa SPM dulu, add math aku A+ !!

[. . . . . . . . . .]
nak cerita pasal diri sendiri pun, dah naik tak reti.. kuang kuang kuang..
you just need to know my name is zizie and i'm still a girl, not yet a woman ;)

nota zizie : ini bukan game..

You Might Also Like

16 comments

  1. Saya pun asal terengganu dan sekarang nie blajar kat melaka... Uitm KBM.... Salam perkenalan...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la kita jumpa.. selalu sgt r gi area sana.. hehe..

      Delete
  2. haha.. samala Kak Zizie :D kalau duduk ngan orang pasif, Hana pun jadi pasif.. actually tak reti nak bersosial ngan orang baru kenal, tak tau nak react camne ngan diorang :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sibuk je nak sama ngan akak.. hahaha.. betul tu hana.. itu la yang akak rasa ;)

      Delete
  3. oh owang tenganu...best r wak..idup merantau...byk pngalaman...so otway nak jd womenla ni hihihi...ok r tu wak...realy like u entry~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih krole :) letih jugak asyik merantau.. nak pulang dan menetap di negeri kelahiran jugak :'(

      Delete
  4. Dah setahun lebih dgn Mr. Wonderwall. semoga berkekalan. heheh

    ReplyDelete
  5. hai zizie...
    saya pun suka pengiraan jgk..
    nice entry

    ReplyDelete
  6. SPM Add Math A+???
    Giler kentang laaa. Isk jeles jeles :P
    http://ez-emira.blogspot.com/

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.