Day 3 : My Day

22.5.13
hari ini aku bangun sangat awal disebabkan semalam aku tidur awal.. hehe..
dan hari ini aku ada kuiz untuk subjek Project Management..
Ya Ampun.. dah la kena hafal.. aku ni pulak bukannya otak jenis menghafal..
kismis, air yasin, semua method aku dah try..
buat nota guna colour pun, memang payah sangat nak melekat input-input kat dalam kepala otak ni..
memang otak ni jenis suka mengira agaknya..

but, Alhamdulillah :) kuiz satu jam tu berakhir dan aku boleh jawab..
eh, ada satu soalan yang aku tak sempat nak jawab.. *sigh*
takpe, aku pasrah!

habis aje kelas, pergi tengok pameran projek welding..
sebagai student Tahun Dua, memang banyak projek yang kitorang kena buat..
kalau projek saja, maybe aku tabah menghadapi..
yang melemahkan iman, hati dan usus kecil+besar aku ialah report yang bertimbun-timbun..
DUGAAN...


ini la projek welding group aku..
nama projek ni ialah sculpture chopper..
kitorang kena guna bahan-bahan besi seperti screw driver, nut, plate atau apa-apa yang boleh di-weld..
idea untuk projek ni, 100% daripada ketua kitorang..


sorry la gambar tak berapa nak jelas..
ini projek budak BMFA (kitorang panggil bebudak robot) kalau tak silap aku..
Transformer! siap ada LED light untuk mata dan api tu..
cool ah.. kemain aku main robot ni tadi.. hehe..
banyak sebenarnya design, tapi tak sempat nak snap satu-satu..

balik daripada kampus, pulang ke kolej..
part ni, tak boleh tahan..
tetiba kena interview pasal cinta..
aduh! tapi, kita jawab je dengan cool.. hehehe..
cool dan jujur kayh!

shima tanya, "kalau tiba-tiba datang lelaki yang suka dekat zizie, zizie nak tinggalkan kerel ke, stay? kalau zizie stay dengan kerel, sebab zizie setia dengan kerel, atau zizie kesian dekat kerel, atau zizie dah lama dengan kerel?
kemain si budak shima ni bagi soalan.. hmm..
"zizie akan stay dengan kerel sebab tiga-tiga tu.. kalau ditakdirkan jodoh zizie bukan dengan kerel, tapi dengan lelaki yang suka dekat kerel tu, zizie terima jela. dah jodoh kan."

buat masa ini, itu ajelah hariku..
ini pun, lepas ni nak kena sambung buat buku log kokurikulum..
ke tepi! ke tepi! busy girl nak lalu (meroyan)

nota zizie : aku dah fikir nak sediakan hadiah apa untuk short segmen seterusnya, tapi tak tahu nak buat segmen apa.. arghh!! gila loser aku nih!

You Might Also Like

7 comments

  1. wahhhh..pandai buat robot ghupernya..hik!hik!

    ReplyDelete
  2. cool! Hana takleh nak mengira ni.. hehe :D eyh3, kena interview soal cinta lak.. hehe :) insya-Allah, kalau dah jodoh Kak Zizie ngan Mr. Wonderwall tu, akan kekal juga ^^

    ReplyDelete
  3. wuah! seriusly project welding tu mmg best r...chopper tu nmpk real sangat...jual ke tu wak? kalo jual roger krole ek~

    ReplyDelete
  4. wah.kalau anak ima tgk gambar robot tu mesti dia nak.. hihi

    ReplyDelete
  5. wowwww...sngat2 berkenan tgok model 2 :) xjual ke?? he3..amek cos weld ke??? tgok pd model 2, mcm kcik sbb guna nut, bearing dn part2 motorsikal kn..

    ReplyDelete
  6. wow robot tu mmg menarik la! <3

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.