Tips : Saya Nak Score Additional Mathematic ( Add Math )

23.6.13

Assalamualaikum :)

heyyo GG!
pening pulak aku dengan jerebu ni..
ditambahkan pulak, pening sebab adik-adik blogger ni, ramai betul nama Hana..


rupanya-rupanya, Hana yang ini bertanya..
adik Hana ni baru form four, so baru nak terjebak dengan subjek pembunuh ni..
orang dah tanya, dan kita pernah ada pengalaman, why not share kan..

1. Mindset.


bila dengar je kalimah Add Math, semua orang kalau boleh nak lari lintang pukang atau pun dongak langit pandang ke arah lain..
why? memang dah termaktub dalam perlembagaan otak manusia Add Math merupakan subjek yang susah nak mampus!! ( kasau nau hyperbola aku )
so, apa kata kita mengambil pendekatan secara positif, "Add Math ni kacang je.. tutup mata, memang tak nampak.. buka mata baru boleh jawab.."

2. Formula.


buat satu buku nota untuk listkan formula..
tetapi, jangan salin bodoh-bodoh aje..
salin dengan memahaminya..
kalau tak faham, tanda la "star" atau "bulat" dan boleh la rujuk dengan cikgu..

3. Setia kepada yang satu.


hehehe.. bukannya suruh bercinta tau..
apa yang aku maksudkan ialah kalau korang dah terasa syok atau best dengan cara seorang cikgu tu mengajar, stick sajalah dengan cara pengajaran dia..
even though cikgu Add Math dah bertukar, kat luar kelas kita boleh rujuk dengan dia..
ini penting untuk keselesaan..
maybe kita mudah dan lebih banyak memahami bila cikgu yang ini mengajar daripada cikgu yang itu..

4. Latih Tubi.


penting sangat-sangat!
make sure at least satu soalan satu hari..
kalau aku dulu, memang habis kelas je, aku tarik buku latihan Add Math, buat la mana-mana soalan yang aku lemah..
Alhamdulillah, alah bisa tegal biasa, datang 10 soalan yang bikin kepala pening pun, boleh dijawab..

5. Kita Minum Dulu.


jangan stress-stress, jangan pening-pening, jangan pressure-pressure..
tak baik untuk kesihatan tau..
muka pun jadi kedut berseribu.. hehe..
kalau rasa nak marah sebab tak boleh jawab, relaks, minum air milo secawan..
tapi, jangan la buat time exam.. nak kena hempuk dengan pengawas ke? haha..

semoga perkongsian ini digunakan sebaik mungkin tanpa ada unsur-unsur pekhianatan.. hehehehe..
mintak klik jap KLIK

You Might Also Like

10 comments

  1. Nice info. Lain kali buat entry macam ni banyak-banyak tau! >.<
    *Wish me luck for SPM ;)

    ReplyDelete
  2. Hahaha...subjek nih plg digeruni time skola dlu...

    ReplyDelete
  3. saya hana dan saya tak minat add math :/

    hoho.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Subjek pembunuh? hahahah, drastik tol, hahaha

    Point pertama tu memang terbaik. Memang tu lah yg spptnya, mindset nk kena jaga. Subjek apapun, jgn takutkn diri sndiri dengan fikir yg bukan2. Take it easy.

    ReplyDelete
  5. Hana jugak.. hehe :D

    tak suka Add Math n Fizik, otak takleh nak terima.. kalau Bio dan Kimia tu okey.. hehe.. alergik ngan kira-kira, tapi nak wat camne dah masuk SPM juga.. hee :)

    ReplyDelete
  6. Haha, nama samaran je hana tu. Thanks akak ! sbb bagi tips ~ harap berguna
    Nampak addmath senang je bila nk buat tu cepat sgt blur, mengalah

    ReplyDelete
  7. subject nie mmng susa.. time buat latihan mmng paham tpi time exam hancur.. formular pun tunggang langgang padahal tau cara nak buat dia mcm mana.. hurm :/

    ReplyDelete
  8. subjek ni paling mencabar time spm dulu asyik kena pkse diri buat latihan byk2 je....

    ReplyDelete
  9. nice tips :) xpnh plak bt cmni..hu3..mmg pcah kpla jgk bljar dlu..last2 byak fokuskn kt frmula n tjuk2 yg bleh bt je..bt ltihan byk2 2 mmg pntg

    ReplyDelete
  10. baguih semua tips tuu. thankss sbb bagitahu.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.