Mumbling - Aku Rindu..

15.7.13

aku rindu nak meroyan, meraban, dan menggila di blog ni..
bahagian label pun, dah lama aku tak pilih "zizie's life"
tapi, busy bekerja dan belajar pulak..
oh! yeah! aku dah bekerja sekarang..
20 tahun 11 bulan lebih hidup, baru reti nak cari kerja..
kalau tak, selama ni aku tanam anggur, ternak lemak kat rumah..
habis rajin, aku jadi babysitter..

drama : babysitter ku, andak ku. *kalau tak percaya, sila google* - troll.

masa tahun 2010, di mana aku mendapat tittle babysitter of the year..
siapa percaya, sila gelakkan diri sendiri..

kalau nak tanya aku kerja di mana, aku hanya boleh cakap di sebuah pasaraya terkemuka.. *pasaraya ada muka ke?*
aku tak nak korang datang ganggu aku kerja, mintak sign.. nanti bos titew marah titew.. uhuks..

sejak bekerja, corak tidur aku agak terganggu..
daripada horizontal, dah jadi vertical.. lebih kurang begitulah peribahasa melampaunya..
dan, aku belum bagitahu family aku yang aku kerja part time..
korang pulak yang terlebih tahu.. adakah aku dalam kategori anak derhaka..?
tapi, aku fikir nak buat surprise dekat parents aku.. humm..

oh, nak tahu satu peristiwa tak?
haritu aku jatuh longkang.. okay, gelak la.. memang tu pun motif aku cerita ni haa..
tak perlu kot aku snap gambar luka-luka rabak tu.. *kite bukan retis nak tunjuk gambar badan kena gigit nyamuk, ini kan pulak minor injury*
cuma, aku nak berterima kasih la kepada "doktor praktikal" daripada universiti teknikal kerana merawat aku..
habis tangan aku dililitnya.. nak menulis pun dah macam orang cacat..

tahu tak, aku ada satu azam raya tahun ni..
jeng jeng jeng..
aku nak dapat kad raya daripada kawan-kawan..
aku tahu teknologi maju sekarang, but, back to the past is fun and trend right now!

Heyyo GG!!

You Might Also Like

9 comments

  1. babysitter..ok la tu dh ada pengalam..hee
    kn??..kn?..dpt kad raya lagi seronok..asyik sms je..dpt kad raya bleh gantung2.. hee

    ReplyDelete
  2. fae still prefer pakai kad raya dulu daripa e-kad hehe

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum.

    Heyyo GG, congratz dh bkerja :)
    Aiyyo klu ltk pic jatuh longkang tu sure meletupss.. hehe!

    Take care.

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Macam ak, mmg dah keja jadi baby-sitter sejak sek men lagi..dah, mak ak baby-sitter,keh3.

    Best,penat2 pun, terhibur kan ngan keletah dak kecik :)

    Dah ko, berangan pa zie smpai jatuh longkang,hahahah. eii,slmt takda cedera parah :D

    Keja molek2 na. Pasal kad rya tu, mmg dah start balik org bagi kad rya. Seronok lgi dpt kad rya, boleh belek2 >_<

    ReplyDelete
  5. wah. best tuh kije taem belajar. boleh kumpul duet. tapinye kene pandai bagi mase :)

    ReplyDelete
  6. wahh..good luck keje..hehe..anyway..manjenye dak tuu=)

    ReplyDelete
  7. dah lama tk dapat kad raya. msj raya banyak =(

    ReplyDelete
  8. betul la..rindu zaman balas2 kad raya macam dulu

    ReplyDelete
  9. betul dah tu...kira rajin laa tu jadi babysitter..haha..
    well kita pun rindu jugak zaman terima kad2 raya nie....skrang xde orang nak bagi pn..huhuh

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.