Senipis Kulit Bawang

16.7.13

Assalamualaikum w.b.t

Heyyo GG!!
siapa tak puasa, aku nak tanya, "dah makan?"
Alhamdulillah, dah masuk 7 Ramadhan dan aku tak pernah ponteng puasa lagi pada tahun ini. syoknya kalau jadi macam Ramadhan tahun lepas, aku puasa penuh! :)
al maklumlah, aku ni perempuan.. hee :D

cakap pasal perempuan, perempuan sinonim dengan menangis..
tetapi, bila perempuan tu kuat, sehingga menggoncangkan dunia.. - sumaiyah

eh! silap.. ni lelaki yang menangis.. haha!

bola hoki yang keras jatuh atas kepala pun, aku masih kuat tak menangis. kepala dah pening pun, boleh buat muka ganas lagi dan cakap OKAY!
jatuh dalam longkang, kulit tangan dah koyak, berdarah kaki tangan, bila ditanya, "sayang saya kuat kan?", boleh lagi cakap, "emm.. kuat..", aku tak nangis..

tapi, bila bangun pagi nak pergi kelas, transport tak ada, terbaring atas katil memikirkan cara "macam mana aku nak sampai ke kelas pukul 10 nanti ni?", tiba-tiba air mata mengalir.. ah! memang terpaksa tuang kelas hari ni..

yang lelaki mesti cakap, "pelik-pelik je perempuan ni.. tak faham aku"
yang perempuan mesti support, "i know that feeling"
dan aku cakap, "aku pun tak faham apa yang lelaki tak faham dan aku tak tahu sejauh mana perempuan memahami perasaan sebegitu"

tak nak nangis-nangis! peace yaw!

You Might Also Like

6 comments

  1. amboi ...sempat lagi post gambar ye..

    ReplyDelete
  2. ladies mmg kuat..akan menangis kalau perasaan dipermainkn.. tu jer..pd pendapat fiza la kan..

    ReplyDelete
  3. pempuan ni naluri dia lembut..walaupn ada setengah pempuan transfr jdi laki(paham kan..hee)..tpi hti tu mesti ada taman..=D

    ReplyDelete
  4. Eh tapi kadang-kadang ada member saya lelaki layan cerita korea menangis jugak. hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Ak pun kadang2 tak faham dgn diri sndiri zie,hahaha

    Tiba2 rsa nak menangis, ak nangis je. Takda sedih takda pa. Complicated kdg2 jdi mompuan. (-_-)

    ReplyDelete
  6. he3..sy xfaham XD prmpn mmg sinonim kluar air mata kot..sbb jiwa dia lmbut =) wlw kuat mn pn prmpuan 2 msti dia nges la atas sbb tertntu =)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.