Tanggungjawab vs Nafsu

19.7.13

Assalamualaikum w.b.t

Heyyo GG!

Mengucap panjang bila aku baca post daripada facebook kawan aku ni..
untuk pengetahuan korang, kawan aku ni ada buat business online..
dia pun turut sama tersentap dengan customer dia yang bergelar seorang anak lelaki..

ini nafsu semata-mata

walaupun lelaki tu berkahwin dengan awek dia, dia tetap tak boleh lebihkan isteri dia daripada ibunya...
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)
sedangkan dalam agama Islam, sudah ada garis panduan turutan kewajipan anak lelaki..

Lelaki

  1. Ibu Bapa Kandung 
  2. Isteri 
  3. Anak-anak 
  4. Ibu Bapa Mertua 
  5. Adik beradik Kandung / Tiri 
  6. Adik Beradik Isteri 
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat 
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran Tetangga 
aku faham perempuan kat luar sana, dorang tak nak bakal suami atau suami dorang ialah 'ANAK EMAK'..
maksudnya, manja dengan emaknya dan patuh segala arahan emaknya sehingga mengabaikan perasaan pasangannya..
di sini berlaku ketidak adilan pulak kan?
memang ada la kaum perempuan persoalkan pasal hal ini.. kakak aku pun pernah makan hati dengan ex-husband dia sebab terlampau menjadi anak emak..
how to overcome it?
wahai lelaki, kamu dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan sebaliknya..
apabila terlafaznya akad nikah, kamu telah memikul lagi satu tanggungjawab yang besar..
oleh itu, jalankan tanggungjawabmu..



tapi, bukan segalanya terletak di bahu suami..
wahai wanita..
dikala terlafaznya akad nikah, maka berpindah la tanggungjawabmu untuk menjaga dan menurut suamimu..

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)
 pada pandangan aku, lelaki kena mainkan peranan untuk rapatkan ibunya dan isterinya kalau dua-dua tak ngam..
perempuan pula, nak tak nak, memang kena patuh dengan suami kerana ini hukum Allah.. memang kena redha, tetapi pahalanya, insyaAllah untukmu :)

wah, kemain lagi aku buat ceramah agama hari ni.. hehe..
belum berkahwin lagi, dah cakap pasal kahwin.. kalau kena batang hidung sendiri, macam mana la rasanya kan?
ini hanyalah pandangan daripada perempuan seperti aku yang masih lagi mencari-cari keredhaanNya..

sumber : [1] [2] [3] [4]

You Might Also Like

17 comments

  1. lelaki berkahwin tetap x lepas tanggungjwb thdp ibunya.. isteri kne faham..ssh jugak nk ckp perkara cm nie kn...

    ReplyDelete
  2. ni baru betul2 lelaki tak guna..kan??

    ReplyDelete
  3. makwe juga jadi keutamaan.. nyampah la mama dengar...

    ReplyDelete
  4. untuk customer kawan zafarah, mohon terase :p

    selamat berpuasa ^^

    ReplyDelete
  5. adus...adakah kata macam tu...patutnya gembira kalau dapat belikan mak baju, kain atau apa saja...ni bab awek no.1...kalau bukan jodoh macam mana?mula frust menongeng kat katil bertemankan hanpon sambil mendengar lagu syahdu...adus2...wahai sang lelaki...ingatlah tapi mak...kau tu tak akan wujud ke dunia ini~ bukan senang nak besarkan kita dari kecil tau...skngni krole dah bergelar ayah...huh! memang faham sangat2 pengorbanan ibu bapa membesarkan kita...

    ReplyDelete
  6. btul tu... hehehe... apa-apa pun diharap kita dapat menasihati diri kita dan juga sesiapa sahaja dengan sabar dan tabah... ^_^

    ReplyDelete
  7. wuuu...sedehnye kisah baju kurung tuu

    ReplyDelete
  8. kalau i jadi awek dia, orang macam ni lah i reject. hahah.

    ReplyDelete
  9. ada ke patut anak cakap mcm tu..awek bleh cari ..tpi mak seorang je kat dunia ni..klu awek tu bila2 masa bleh tinggalkn kita..tpi mak di dunia dan akhirat tetap bersama kita..

    ReplyDelete
  10. Bangang betuL laaaaa... utamakan awek dari ibu la tu.. isk3...

    ReplyDelete
  11. suami ke...isteri ke...masing ad tanggungjwb sendri...

    ReplyDelete
  12. totally agree.. apa2 pon mak tetap no 1 . ^_6

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.

    Ak yg belum jadi mak pun sentap baca..tah apa la mak dia rasa kalau baca komen anaknya.

    Bagi ak zie, depends mcmna kita define anak emak. Aku suka lelaki yg anak emak, boleh diharap, lagi2 yg ak tgk sangat menjaga dan menghargai ibunya. Ada chance besar, isterinya juga dilayan baik sama seperti dia layan ibunya.

    Persepsi awam kot,bila sebut anak emak, terbayangkan lelaki yg patuh macam hamba abdi pada emaknya. Yang jenis tu, ak rasa istilah anak emak memang tak sesuai pakai. Itu jenis orang yg takda pendirian.. kita semua ni, dah2 sah2 la anak emak, takkan anak pokok, anak tekak plak kan. ok, ak tau tak lawak,hahahah

    ReplyDelete
  14. erkkk..kurang ajar dn kurang didikan agama namanya 2..xtkot msuk neraka ke?? bt mak terasa skit je dh kena azab..nauzubillah..wlaupun mak dia 2 xbaik..skurangnya2..doalh biar dia berubah ke..kn lebih elok..

    ReplyDelete
  15. hargailah ibu bapa masa diorang masih ada.. smOga jadi pengajaran..

    ReplyDelete
  16. ish...belum kawin pun dah lebihkan awek tu dari mak...*istighfar* marah betul saya bila baca status tu.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.