Saya nak duit raya Cik Misya!!!

13.8.13


Duit Raya Paling Banyak.

alamak! zizie tak ingat la pulak, sebab kalau duit raya paling banyak, confirm2 la masa zaman kegemilangan kanak-kanak.
dan, pada waktu kanak-kanak, tak ada buku penyata akaun lak.. hehe..
so, kesimpulannya, masa zizie kecik-kecik la..
itu pun, tak pernah la melebihi RM 200.
kadang-kadang, zizie tergamam bila ada kawan-kawan cerita, kat tempat dia sekali beraya orang bagi sampai RM50.. mungkin orang kaya kot.
zizie ni, duduk kat ceruk kampung je, pergi sebuah rumah, dapat la RM 1, itu pun paling banyak. kalau pergi 50 buah rumah, baru cukup RM50, belum lagi yang bagi 20 sen je.. haha..
duit-duit yang zizie dapat tu pula, akan diguna untuk beli barang-barang sekolah. sebab, zizie dulu orang susah. duit gaji abah pun belum tentu cukup nak tanggung 10 orang anak.

Duit Raya Paling Sedikit.

bila usia dah meningkat, dah jadi anak dara sunti yang cantik manis, duit raya pun makin lama makin sedikit.
serasa-rasa zizie, masa tahun lepas la paling sedikit.
pelik pulak aku, tak sampai seratus pun.. tahun ni jugak yang banyak.. kuang kuang kuang..
bila dah besar ni, dah faham erti raya sebenar..
bak kata opah upin dan ipin, hari raya ni kita saling bermaaf-maafan, kalau orang bagi duit raya, Alhamdulillah..

akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Misya! nak duit raya! hehe..

zizie tag : Seu LeiraYan TyMieza Jhaa K

You Might Also Like

8 comments

  1. tu lahh ... eva pom dah jrg dpt duet raye ..
    skunk nih turn baby boy eva jewp yg dpt ..
    mummy dye nak jgk ... huhu
    evadanial.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidilfitri. maap zahir batin :)

    ReplyDelete
  3. sama la kita. sekarang ni bila dah besar tak dapat sangat duit raya. time kecik2 banyak la jugekk.. hohoo

    ReplyDelete
  4. Ramai yg rasa, tmbah mningkat unur nie la raya jd mcm makin kurang kemriahanny brbandg tym kecik2 dlu..Mgkn faktor duit rya?? Hahahaha xD

    ReplyDelete
  5. duit raya dan hari raya mmg xdpt dipisahkn =) time kecik2 p kutip..bila dh besar bg kt org pula..anyway, good luck..

    ReplyDelete
  6. Dulu2, DUIT banyak time RAYA je..... sekarang RAYA mesti kena ada banyak DUIT. Dulu2 DUIT=RAYA, sekarang RAYA= DUIT. Hehe..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.