Film Review : The Conjuring

6.9.13

Siapa yang suka tengok cerita bergenre seram/ horror, inilah cerita yang gila horror pernah aku tengok.
Boleh dikatakan, 80% sepanjang aku tengok cerita ni, tutup mata saja.. seram dowh..
Aku ni pulak, bukan boleh terkejut-terkejut.. mau tercabut jantung keluar dari badan..


The conjuring diadaptasi daripada kisah benar paranormal yang berlaku ke atas sebuah keluarga Perron.
Tanah yang dibeli secara lelong oleh keluarga Perron sebenarnya telah disumpah oleh pemilik tanah sebenar, seorang pengamal ilmu sihir yang telah menggantung dirinya setelah membunuh anaknya untuk pemujaan syaitan.

Setelah itu, berlakulah perkara-perkara aneh terhadap penghuni yang menghuni rumah di tanah tersebut. Hantu tersebut akan mengganggu keluarga yang menghuni dengan niat untuk membunuh seluruh ahli keluarga. Ia akan merasuk si ibu untuk membunuh anak-anak mereka.

Masa mula-mula hantu tu kacau keluarga Perron, dia main tarik kaki anak perempuan Perron.. Esoknya, si ibu bangun dengan menyedari badannya berlebam.. Anjing belaann dorang juga mati. Makin hari, gangguan semakin teruk sehinggalah hantu tu sendiri menunjukkan mukanya kepada keluarga Perron

Pasangan Warren membantu keluarga Perron untuk menghalau hantu tersebut kerana walau ke mana pun keluarga Perron tu pergi, hantu tu tetap akan ganggu mereka. Dalam masa yang sama, hantu tu marah sangat dengan pasangan Warren ni sebab kacau 'misi' dia. So, hantu tu cuba ugut dengan mengganggu anak perempuan pasangan Warren.

Rupa-rupanya, hantu tu cuba alihkan perhatian pasangan Warren. Hantu tu dah dapat rasuk Carolyn Perron (si ibu). so, dia bawa dua orang anak perempuan dia dan cuba bunuh dorang kat rumah tu.. Masa tu Ed Warren melakukan exorcism. mengikut undang-undang gereja, seseorang tu tak boleh melakukan upacara menghalau hantu kalau tak dapat kebenaran gereja dan Ed tak diiktiraf sebagai seseorang yang boleh melakukan upacara tersebut. tapi, dah saat genting macam tu, Ed Warren lakukan jela.

Kalau nak tahu ada yang mati ke tidak, tengoklah sendiri.. hihi..

Masa mula-mula cerita ni start, ada dikaitkan dengan anak patung Annabelle..
pasangan Warren ni jugak la yang settlekan hal tu.. kalau nak tahu pasal Annabelle, boleh tengok kat SINI..

Seram dia, bukan setakat bagi aku gerun nak tengok lagi, sampai aku rasa nak cabut lari keluar daripada panggung tu..
Padahal selama ni, tengok cerita seram, boleh buat chillex makan jajan je..

Memang 5 stars punya cerita la!

You Might Also Like

13 comments

  1. wow... macam best je zie,,, teringin jugak nak tengok, tapi tunggu cd keluar le, nak ke wayang, tak kot mama... hihi

    ReplyDelete
  2. tapi kan seram lagi cerita insidious. director yg same.yang ni tak berapa best sangat ending.sikit mengarut..hehe..tp not bad lah..

    ReplyDelete
  3. memang agak seramlaaa. tapi cam kelakar, knp dia nak simpan brg2 hantu tu kat stor dia. seram kot. baik buang jee. huhu

    ReplyDelete
  4. Filem harus tonton sbb antara 5 filem seram base on true story..

    ReplyDelete
  5. Ida dah tengok cite ni...huhu part yg main sorok2 pastu hantu tepuk tangan tu...memang suspen dan seram giler...pastu hantu yang tergantung atas pokok tu...huhu...

    ReplyDelete
  6. cerita dia banyak suspen. lepas tu hantu dia mcm real. tu yg buat org takut kan. haha. nk tgk cite ni balik dpn laptop mmg tak lah.

    http://nyssazainalabidin.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Ala potonglah..hehehe..
    sedang ditanyang di pawagam ek..rasa dah berkurun dah tak tengok wayang..akak memang suka citer seram..

    ReplyDelete
  8. ad sorg kwn ckp tk seram, tapi ble bce sinopsis kt ats ni pn dh seram semacam..

    ReplyDelete
  9. he3 5 bintang tu =) seram sgt ke? mnt citer seram..tp xminat citer hntu..ambe lebih suka tgok zombi ke..bab2 makhluk plik2 ke =)

    ReplyDelete
  10. teringin nak tengok citer ni tapi masa pegi kat panggung mggu lepas time plak xkena so memang xdpat tengok la . sadis.

    ReplyDelete
  11. Sama laa.. ni cikgu bagi tengok kat lab.. saya tak pernah jerit masa tengok horror movie semua.. nih first time saya jerit sebab dah takut tapi buat rilek je tibe-tibe seorang yang sangat penakut tuh dia pi jerit.. tak pasal-pasal satu kelas ikut jerit.. hehee xD

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.