Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi

29.9.13

Assalamualaikum w.b.t

Heyyo GG!

senioriti - junioriti
tua - muda
perkara-perkara sebegini memang dah termaktub bila kita dah keluar daripada perut mak kita, tali pusat kena potong..
yang tua dihormati, yang muda disayangi..
seperti mana kita hormat our parents dengan memanggil mereka mak ayah, abah ibu, abi umi..
dan mereka menyayangi kita sebagai anak mereka..

masa aku sekolah boarding school, the s-j thing lagi obvious..
jangan nak jalan mendabik dada di depan senior..
kena beri salam kalau jumpa senior..

masa menjadi junior, rasa macam - ah, serabut la senior ni.. action!
tapi, bila umur makin meningkat dan bergelar senior, kita nak juga mendapat penghormatan seperti senior-senior dahulu..
"eh, junior ni selamba je lintas aku tak beri salam"
"eh, junior ni.. tak tahu ke tandas ni untuk senior je!"
eh.. eh.. eh..


sebenarnya benda2 cenggitu la budak budak baru tahu betapa pentingnya hormat menghormati..
bukan macam budak-budak sekarang, selamba derk je jeling orang tua..

macam kat dunia blogging ni jugak..
ada yang tua, ada yang muda..
mungkin dalam penulisan sendiri boleh la nak ber-aku engkau, tapi bila berkomunikasi sesama blogger, kenalah ada batasnya..
tak semestinya kamu senior dalam dunia blogging, kamu boleh berkurang ajar dengan orang yang baru blogging... haaa.. cenggitu..
tips : selidik umur dulu, baru berbahasa. kalau tak jumpa, cuba selamatkan diri dengan memanggil sis/bro..

jagalah budi bahasa dengan orang yang lebih tua..
kita mesti tak sukakan bila orang kata, "mak bapak kau tak ajar ke?"
penat mak ayah kita suruh hormat tua, bertutur dengan sopan, salam dengan orang tua, tapi bila kita buat perangai, mak bapak kita yang kena tempias..
jangan menjadi nila yang rosakkan susu sebelanga..


You Might Also Like

14 comments

  1. blogwalking dear...yup...that right...hormat menghormati itu penting dalam kehidupan cuma jangan lupa diri terutama bila di tahap yang tinggi...cukup sebagai renungan

    ReplyDelete
  2. agree with dis entry, sis. Anyway, lame x jejak sini. blog dah brwajah bru, cantik!! :D

    ReplyDelete
  3. Dulu adap orang melayu yang muda mesti menghormati orang tua tak kira miskin atau kaya... tapi sekarang adap tu semakin dilupakan malah mereka 'mencipta adap' sendiri si miskin kena menghormati sikaya. Simuda pula asalkan kaya dan ternama boleh sesuka hati bersikap kurang kurang pada yang tua. wallahualam.

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang ni zie..susah sangat nak tengok anak muda..remaja belia dan anak anak kecil sekalipun yang betul-betul..sungguh-sungguh hormat orang lebih dewasa dan tua..bab kepandaian yes..always scor A++++ but akhlak..owhh sad..tidak semualah..but ini yang menyedihkan..mesti A pada Akhlak barulah orang pandang A pada pelajaran..kita hidup dengan masyarakat buka ilmu semata-mata.. :)

    ReplyDelete
  5. btol 2 =) kalau rasa ada blogger yg tua dr ambe..pasti tnya umur terus..nk hormat orang ni bkannya sbb status snior @ junior..tp tgok atas umur..yg muda disayangi dan yg tua dihormati

    ReplyDelete
  6. setuju dengan entri zizie, hormat tak kira tua muda sebenarnya... belajar hormat sikit, tapi best zie, entri ni pedas sikit.. hihi

    ReplyDelete
  7. betul sgt la tu..tua dihormati muda disayangi..tapi jaman globalisasi skrg ni sifat² terpuji makin terhakis dah..aisehh

    ReplyDelete
  8. setuju dengan entri ini.:) kita x tahu saipa diantara kita yang lebih berusia..so respect dan saling hormat menghirmatilah antara kita :)
    Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

    ReplyDelete
  9. yang muda di sayangi, yang tua di hormati. saya muda lagi.. sayangi la saya.. kikiki *jangan marah nah :D

    ReplyDelete
  10. betulbetulbetul...
    nice enty zizie ^_^

    ReplyDelete
  11. betul! tak kisahla tua ke, muda ke, kite kena hormat kalau nk org hormat kita :)

    ReplyDelete
  12. terpengaruh dgn cerita 1 love mr arrogant la ni. hehehe

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.