Ice Princess di Review oleh Tun Aidil Tetapi......

16.10.13
Assalamualaikum w.b.t
Heyyo GG!

ahad lepas, baru aku tahu aku direview oleh tun aidil di SINI..
tun aidil pm aku di second fb aku, tapi memandangkan aku busy minggu lepas dan tak bukak langsung fb kedua tu, tun aidil tak dapat nak tanya pasal detail diri..
saya minta maaf ye tun aidil..
baru semalam nak approve..
dan aku dah deactivate dah fb kedua tu supaya orang lain senang nak contact aku.. *refer contact me di sidebar*

so, bila tak dapat detail, ada la kesalahan yang dilakukan..


kesalahan pada nama aku..
aku dah jelaskan kat tun aidil yang details pasal diri aku, semua aku dah letak kat about me dan tak pernah buang..
dan tun aidil pun dah ubah balik..


aku faham bagi blogger macam tun aidil yang menyediakan ruangan majalah untuk blogger, tak larat nak go through semua pasal bloggers yang wujud kat malaysia ni..
itu pun, baru malaysia weh..

dulu pun, aku pernah buat sesi blog review..
itu pun, berapa kerat aje yang nak join, tak sampai 50 orang..
tapi, jumlah sebegitu pun, aku mengambil masa yang lama untuk selesaikan..
walau bagaimanapun, nak tak nak kena komited jugak bila kita dah plan nak buat review..

dua tips untuk blog review :
1. masa dan kerajinan
ambillah sedikit masa untuk mengenali blogger dengan menggodek seluruh blognya.. tapi, jangan la pulak pergi hack blogger tu.. ekeke.. contohnya, klik about me, dan study pasal dia.. ini juga untuk elakkan mengeluarkan informasi yang salah tentang blogger tersebut.. kalau tak ada about me, mungkin boleh cari di bahagian contact, sebab kita boleh baca informasi di profile contactnya, seperti google plus dan facebook.. kalau blogger itu jenis merahsiakan identiti, barulah bertembung tangan di atas keyboard dan pm dia.. sebab ada sesetengah blogger tak nak dedahlan identiti dia.. dah jenis ninja assassin, tak boleh buat apa la..

2. jangan bila ragu
kalau ragu dengan informasi yang korang dapat, jangan sesekali korang publish.. pernah aku buat review, aku gitau la kat tuan blog, supaya confirmkan informasi yang aku dapat pasal diri dia.. tapi, dia tak balas langsung dan aku tak nak nanti apa-apa berlaku kalau aku publish, so aku hold je.. sampai sekarang, aku tunggu bila la dia nak confirmkan sebab aku dah berjanji kan.. so, janji mesti ditepati!

kalau korang nak direview oleh tun aidil, boleh la komen entri blog review dia di sini..
daripada korang tunggu majalah remaja nak review korang, jom masuk majalah untuk blogger di http://gengentry.blogspot.com/

You Might Also Like

12 comments

  1. wahh, haa bila nak masuk majalah. kihkih

    ReplyDelete
  2. gelemer la dah masuk majalah..sikit hari lagi masuk tv pulak..

    ReplyDelete
  3. wah...dh direview oleh tun aidil..tahniah :)

    ReplyDelete
  4. hahaha...hari ni nk review jugak...review diri sendiri..boleh..?

    ReplyDelete
  5. Selalunya kalau sy buat blog review, sy review blog je lah.. bukan tuan punya blog.. hehe.. cuma perlu selongkar entri2 yg ada, dan tengok jugak condition blog tu mcm mana.. kalau ada apa2 yg nk ditegur. Kalau ada info empunya diri tu bonus lah.. hehe..

    p/s : tahniah ye direview.. :D

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah. Jemput ke http://wanariahamiza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. silap sikit pd nama eh zati? hehe
    ok la kan di review ceni.. bes gak hehe

    ReplyDelete
  8. wuuu,,susah jugak bwt segmen review ni kan..

    ReplyDelete
  9. review blog.....rezeki2 er...erm susah gak ye..

    ReplyDelete
  10. siryes tabik aa pada yg rajin buat review tu. yela alang2 dah review kenelah sungguh2 kan..hehe

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.