Sengugut Ialah Cakaran Syaitan?

25.10.13

Assalamualaikum w.b.t
Heyyo GG!

sebagai perempuan, tiap-tiap bulan asyik nak sakit..
nak buat macam mana, kalau dah jadi perempuan, kenalah hadapi sakit perempuan ni kan..
selalu aku dengar, senggugut tu ialah cakaran syaitan..
and of course la aku sebagai insan yang naif, terfikir.. "macam mana syaitan tu boleh cakar aku?"

sedikit informasi yang dapat aku share daripada blog Nadi Irfan..


Senggugut atau sakit ketika datang haid adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baharu meningkat remaja.
Ada pandangan yang mengaitkan masalah senggugut ini dengan cakaran jin. Sebelum saya memberi ulasan, mari kita lihat beberapa hadis yang ada kaitan dengan permasalahan rahim perempuan.

Hadis Hamnah binti Jahsyin :

وَعَنْ حَمْنَةَ بِنْتِ جَحْشٍ قَالَتْ : كُنْتُ أَسْتَحَاضُ حَيْضَةً كَثِيْرَةً شَدِيْدَةً، فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْتَفْتِيْهِ، فَقَالَ : "إنَّمَا هِيَ رَكْضَةٌ مِنَ الشَّيْطَانِ ... (رَوَاهُ الخَمْسَةُ إلا النَّسَائِيَّ، وَصَحَّحَهُ التِّرْمذِيُّ، وَحَسَّنَهُ البُخَارِيُّ).

Hadis ini panjang. Maksudnya, “Aku pernah keluar darah (istihadhah) yang sangat banyak, lalu aku menemui nabi saw agar memberi pandangan (hukum) tentangnya, maka baginda saw pun bersabda : “Yang demikian itu adalah gangguan dari syaitan…”.
Rakdhah (ركضة) itu diterjemahkan sebagai gangguan. Berkemungkinan ada juga yang menterjemahkan sebagai ‘cakaran’. Ini berdasarkan ayat al-Quran mengenai nabi Allah Ayub as. (اركض برجلك هذا مغتسل بارد وشراب) yang bermaksud, gerakkan kaki kamu, maka terpancarlah mata air yang sejuk untuk kamu mandi dan minum darinya.  
Bagi mereka, gerakan kaki itu bermaksud cakaran.

Hadis Hamnah ra di atas menjelaskan bahawa darah istihadhah itu ada hubungan kaitnya dengan gangguan syaitan.

Dalam kitab Muwatta’ Imam Malik, dari Abdullah bin Sufian menceritakan bahawa Abdullah bin Umar ra telah didatangi oleh seorang wanita meminta pandangan (hukum) mengenai darah yang keluar darinya setiap kali beliau ingin mengerjakan tawaf. Apabila beliau pulang, darah itu berhenti, dan apabila beliau datang kembali untuk melakukan tawaf, darah itu keluar lagi. Maka Abdullah bin Umar pun berkata, “Sesungguhnya hal demikian adalah dari gangguan syaitan”.
Makna gangguan syaitan di sini ialah syaitan telah menemui jalan dan peluang untuk menganggu urusan ibadah seseorang itu, termasuklah solat, tawaf dan sebagainya.

Meskipun dalam situasi lain, nabi saw menyebut bahawa darah istihadhah itu adalah sejenis penyakit. Lihat hadis ini.

Hadis ‘Aisyah ra :

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : جَاءَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ حُبَيْشٍ إلَى النَّبِيِّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ إنِّي امْرَأَةٌ أُسْْتَحَاضُ فَلا أَطْهُرُ أَفَأَدَعُ الصَّلاةَ ؟ قَالَ : لا، إنَّمَا ذَلِكَ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِحَيْضٍ ... (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ).

Maksudnya, “Fatimah binti Hubaisy telah datang menemui nabi saw dan bertanya, “Wahai Rasulullah, aku adalah seorang wanita yang mengeluarkan darah istihadhah dan tidak pula suci. Bolehkah aku meninggalkan solat?, “Tidak, sebab sesungguhnya hal itu adalah penyakit, bukan haid…”.

Hubungan antara gangguan syaitan dan penyakit itu ada keselarian. Hal seumpama ini biasa terjadi bagi mereka yang sering mengalami situasi gangguan syaitan. Bermakna, berpunca dari onar syaitan, mengakibatkan fizikal seseorang itu sakit.

Merujuk kepada permasalahan senggugut pula, tiadalah diceritakan ianya adalah berpunca dari cakaran syaitan. Berkemungkinan pemberitahu hal tersebut tersilap antara senggugut dengan istihadhah.  Wallahu’alam.

Menurut doktor, ia (sunggugut) adalah permasalahan biasa yang dialami oleh anak gadis dan akan beransur pulih sebaik sahaja mereka berumahtangga.

Namun, tidak dinafikan juga, ada kemungkinan campur tangan syaitan dalam menambahkan lagi kesakitan yang bermatlamatkan agar ibadah kita terganggu. Itulah kerja syaitan, menganggu, mewaswas dan mengacau kita, khususnya dalam hal-hal ibadah.

Ibn Abbas ra pernah meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda, maksudnya, “Syaitan akan mendatangi seseorang yang sedang bersolat, lalu meniupkan pada punggungnya, sehingga menyebabkan dia rasa terbatal wudhu’ (buang angin). Maka apabila salah seorang dari kalian mengalami situsi ini, hendaklah beliau meneruskan solat, selagi mana beliau tidak mendengar bunyi atau mencium bau”. (HR al-Bazzar)


google

tak semestinya ini merupakan satu gangguan kecil daripada syaitan, non-muslim tak kena sengugut..
masih teringat semester lepas, ada sorang Chinese girl mintak skip class sebab senggugut..

dan ramai yang cakap, bila dah kahwin, kes senggugut dan period tak teratur ni berkurangan.. Wallahualam..

You Might Also Like

11 comments

  1. Prempuan kene cakar..
    Kalau laki Mau kene penumbuk ark?? tpi takde kes lagi pulak ye ehehehe.. ~~~~ sory ngarut. ~~~~

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Ilmu baru. baru tahu pasal ni. hee

    ReplyDelete
  3. Ouhh . baru tauuu . Yessetiap bulan saya kena alah ni . Sakit bebenar . thanks for sharing .

    ReplyDelete
  4. wallahua'lam... apa2 pon mintak jauh dari ganguan syaitan yang direjam ni... =)

    ReplyDelete
  5. pernah jgak dgr sal ni..nway nice sharing =) info berguna bt kaum wanita..adakalanya ini semua mmg gangguan syaitan..ada jga persoalan sy terjadi di sini hu3

    ReplyDelete
  6. sangat2 sakit )': ia sebuah igauan ngeri buat saya

    ReplyDelete
  7. suka juga makan ayam penyet.. dah try wong solo best juga :)

    ReplyDelete
  8. Oh ada eh restoran Jawa kat Malaysia? Huhu igt ada kat Indon je

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.