New House

17.11.13

Assalamualaikum wbt.
Heyyo GG!

Sebenarnya, aku pindah rumah tapi masih mengekalkan ahli-ahli yang lama..
dah seminggu menghabiskan saki baki keletihan di rumah baru..
semuanya berpunca daripada tuan rumah lama yang terlalu berkira..

sudahlah kitorang ni student, dan perlu membayar untuk mendapat tempat berteduh..
ingatkan dah bayar RM 550 sebulan, dapatlah keselesaan yang sederhana..
tetapi, malang sekali.. tapi, silap kami juga sebab tak cek seratus peratus..
oleh kerana sahabat dah duduk di situ setahun, ingatkan tak ada masalah dan tak perlu nak fikir apa..

bila dah pindah, bayar deposit, barulah tahu bahawa terdapat beberapa kerosakan..
-lantai dapur pecah
-lampu dapur rosak
-mesin basuh rosak
-tv tak berfungsi
-gril rumah rosak ( bahagian engsel bawah)
-pintu bilik rosak
berbaloikah RM550 yang dibayar?

apabila minta dibaiki, banyak betul alasan diberi..
apabila dibaiki sendiri, tak nak pulak ditolak kosnya daripada sewa rumah..
memang tidak adil kerana 3 daripada kami, termasuk aku ialah penyewa baru..
tak sempat nak merasa dah ada yang rosak, tapi bayar bukan main lebat..

jadi, pindah rumah adalah jalan yang terbaik daripada terus sakit hati dengan manusia begini..
Alhamdulillah, rumah baru walau tak ada kelengkapan sepenuhnya tetap berpatutan dengan harga yang diberi..
minta-mintalah tak ada masalah yang sama..

kalau ada para pembaca yang menyewakan rumah kepada student, janganlah berkira sangat..
kami bayar pun, ada yang guna duit parents, ada yang guna duit pengajian..
jangan terlampau tamak haloba inginkan duit, tetapi orang lain yang merana...

You Might Also Like

10 comments

  1. aduhai..kesian dpt owner mcm ni..
    nasib baik pindah ye..:)

    ReplyDelete
  2. fae x pernah tgl menyewa sepjg bergelar uni student. fae tgl kat asrama. syukur ade kena sediakan.

    ReplyDelete
  3. Zizie duk melaka ke? Sewa area mana??sewa rumah kat melaka pun boleh tahan jg mahalnya. dulu akak sewa kat bukit baru.. :)

    ReplyDelete
  4. mahalnya 550 sebulan..=_=.dah macam KL rupanya tu..

    ReplyDelete
  5. Terlalu banyak kerosakan tu kak! Tak berbaloi langsung :/

    ReplyDelete
  6. kerek gila ownernya.....bawak bersabar la yer...life must goes on...

    ReplyDelete
  7. kak ryna, zizie menyewa dekat area ayer keroh..

    ReplyDelete
  8. kalau nak menyewa, kena refer kat www.abangensem.com

    dia ni banyak ilmu..

    ReplyDelete
  9. huhu sian korang..Mai duduk luar sem depan and tahu xsewa 1500 ;O tp complete lah just xde mesin basuh je..tp mahal jugak T^T

    ReplyDelete
  10. my rumah sewa kt ttu dulu murah gile haha. satu rumah masuk api air rm300. Papepun name pun student life, nak x nak akan lalui juga bnde mcm yg ditulis kt entry tu.. sabojelah

    Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.