Rumah Manis Rumah

11.11.13
Assalamualaikum w.b.t
Heyyo GG!

Miss me? ;)

Hehe.. seminggu aku menghilangkan diri…
Almaklumlah! CUTIIIII!!!!

Tak ada berjalan ke sana sini pun, just duduk di rumah habiskan masa dengan family..
That’s better kan..
Balik Melaka, dah habiskan masa dengan kawan-kawan, bila balik rumah, spend la masa dengan family pulak :)

Bila balik kampung, mesti cari lauk pauk kampung..
Aku ni memang suka ulam..
Bila balik Melaka, susah nak jumpa kedai makan yang sediakan lauk favorite, so balik kampung ni, ngap melahap puas-puas.. hehe..

Dan cuti kali ni, aku try satu jenis kuih ni..



Nama diberi, asam gumpal..
Bahan asas dia adalah sagu dan kacang dal..
Mak aku ni memang suka buat kuih, masa aku kecil-kecil dulu memang mak rajin buat tiap-tiap petang..
Cuma, bila dah tua, mak malas nak buat sebab kudrat tak kuat macam dulu..
Masa bulan Ramadhan baru-baru ni, mak ada jual asam gumpal sampai bebudak office pun siap order :)

Abah sejak dah retired, suka benar habiskan masa dia dengan jalanya..
Dua hari sebelum aku balik, abah pergi menjala sampai pukul 4 pagi..
Alhamdulillah, rezeki Allah, abah dapat hasil 12 ekor udang galah..


And the best part, 3 of them are for me… yippie!

Last but not least,  sebab utama aku tak sabar nak bercuti kerana anak-anak tercinta ni..


Aqif dan Khalif :)

Aqif ni aku la yang babysit kan dia sejak umur 4 bulan…
Kalau boring je, memang berlawan mulut la kitorang..
Sejak dah bersekolah, lagilah banyak perkataan tak patut keluar dari mulut dia.. sakit pulak hati kita mendengar.. =.=’’
Tapi sekarang, dah makin liat nak pergi sekolah.. isk isk isk…

Si adik pulak, dulunya pemalu tapi sekarang dah pandai berceloteh..
Hobi dia ialah menyanyi.. pantang je dia dengar bunyi ada rhythm sikit, mulalah dia buat lagu.. hahaha…
Suka benar dia ambil sejadah kecil biru aku nak dihampar untuk solat..
Kalau abang dia masuk bilik je, nanti dia halau, “abang kuar.. adik nak solat…”
Nanti besar, anak-anak andak jadi anak yang soleh ye :)

Tak sampai 24 hours tinggalkan Terengganu, dah rindukan family :’(


You Might Also Like

13 comments

  1. Asam Gumpal..? hehe...kak sally panggil "Sagupal"..hahaha

    ReplyDelete
  2. first time dgr nama asam gumpal ni .. hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Kenal.
    Tak pernah makan asam gumpal.. masam ker rasanyer? hihi

    ReplyDelete
  4. Cerdik si adiknya tu. Hehe. Kecik-kecik lagi dah pandai ikut orang dewasa kelilingnya bersolat. Comel je tengok telatah dan kerenah bebudak ni.

    ReplyDelete
  5. Kita pun suka makan ulam. hee. asam gumpal pun feveret tu. lama dah tak makan :) Jgn sedih2, nanti cuti balik kg lagi. hehehe

    ReplyDelete
  6. same laa kita....mood bercuti...
    udang galah..adui..sedapnya..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Tak pernah rasa pun asam gumpal tu. kalau kuih onde-onde tahulah.

    Aku pun kalau cuti lebih suka duduk di rumah, sebab dah penat pergi kelas, buat assignment semua. Time cuti ni lah nak bermalas-malsan di rumah. Hee

    ReplyDelete
  8. adat la tu zizie.. kalo habes cuti nak pegi tmpat belajar memang berat hati, rela ponteng kelas . hehe

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan pulak asam gumpal ni..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.