Sang Setia

16.11.13

aku cuba menjadi sang setia
bersumpah tidak akan pernah mencurangi
kerana aku mahu belajar apa itu erti setia

aku cuba menjagamu
takut untuk mencurangimu kerana takut kamu disakiti
kerana bagiku sakitmu menjadi sakitku

tapi, apakah aku ini cuma persinggahan dalam hidupmu?
kenapa di saat aku cuba menjagamu, tetapi kau sakiti aku?
aku cuba diam, bersabar dan berdoa
agar engkau kembali menjadi yang dahulu

tapi lewat masa engkau semakin jauh
kerenahmu keletahmu membuat aku sangsi
apakah engkau bukan engkau yang dahulu, yang aku kenali di awal waktu..

aku sang setia yang rapuh
kerana setiaku terhakis sama waktu terhakisnya sabarku
aku bukan manusia yang kuat
untuk menelan pahit

oh kasihku, oh shoutboxku..
kenapa kerap kali engkau menyakitkan hatiku.
maafkan aku kerana akhirnya aku mencurangimu
chatbox menjadi penggantimu
dan janganlah kamu menangis di kala ini..


ada macam gaya +Puisi Jiwa Sesat bermadah pujangga tak? hehe..
tension weh bila shoutbox duk perdajal aku.. nah! tukar je..
my patience with shoutbox is off limit.. wek! :P

You Might Also Like

7 comments

  1. haha, memang geram dengan shoutbox ni kadang2. suka cari masalah. :D

    ReplyDelete
  2. Beto yang mana satu yang menegurnya ni? Beto Khusairy ker? Hehehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi guna shoutbox. setia dengan cbox je. cewahhhh :)

    ReplyDelete
  4. ayat mcm putus cinta dah. hahaha. tertipu kejap ;D

    ReplyDelete
  5. keh2..madah pujangga bagai sebabkan shoutbox..hehe

    ReplyDelete
  6. keh2..madah pujangga bagai sebabkan shoutbox..hehe

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.