Simpati

18.11.13

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

i bet everybody experienced this situation : pergi kedai makan, tengah tunggu order, ada orang minta sedekah/jual makanan selain daripada yang restoran tu sediakan.

kalau yang tunjuk kad cakap dari organisasi itu ini minta derma, memang aku tak percaya..
so, daripada aku niat nak derma tapi ragu-ragu, lebih baik aku tak payah derma..
baik aku masukkan dalam tabung masjid, even ada yang jadi hantu curi duit tabung masjid..

pernah juga didatangi seorang budak perempuan belasan tahun, jual apa entah..
tapi, memang tak berkenan tengok gesture dia..
bila dah tak berkenan, hati pun tak sedap..
so, cuma angkat tangan menandakan tidak berminat..

kali ini, hati aku memang agak tersentuh dengan gelagat dua orang adik beradik ni..
dengan bergalaskan beg yang penuh dengan kerepek, datang memberi salam..
"assalamualaikum kak, nak beli kerepek?", dan seperti biasa aku mengangkat tangan menandakan tidak..
oleh kerana service yang slow, lama juga aku memerhatikan mereka..
semuanya menolak untuk membeli dan terus menyelinap rasa simpati kepada mereka..
sekurang-kurangnya, mereka menghormati dan tidak memaksa..

hampir 15 minit, kemudian aku mengangkat tangan memanggil salah seorang daripada mereka..
"adik, satu ni berapa?"
"rm 5"
"bagi dua", aku mengambil sebungkus kerepek pisang dan sebungkus keropok.
setelah mendapat duit, terus mereka berkeliaran dan semestinya berharap ada yang ingin membeli..

kemudian, ada seorang pak cik memanggil mereka bertanyakan harga kerepek yang mereka jual..
aku perasan, pak cik itu pun macam aku, menolak untuk membeli pada mulanya..
tetapi jangkaan aku meleset, kerana pak cik itu hanya bertanyakan harga tetapi tidak mahu membeli..
"kesiannya..", perkataan terus meluncur dari mulutku..
sedangkan semasa menjadi promoter dan ada customer jenis macam itu aku boleh terasa hati, apatah lagi adik-adik itu yang mengharapkan jualannya habis..

aku cakap dengan kawan, "kalau belanja bebudak tu minum air, okay tak?"
"tak payah.. cuba tengok, dorang nak makan tu sebab asyik perhatikan waiter yang bawa makanan"
betul jugak. nak belanja makan pun, aku sendiri tak cukup duit..
"tak apalah, kan dah beli kerepek dorang.. nanti dorang belilah apa-apa dengan duit tu"

bila dah nak balik rumah, aku masih lagi perhatikan mereka..
"sampai pukul berapa la dorang nak berkeliaran macam tu"..
aku terfikir, kalaulah aku parent adik-adik tu, sanggup ke aku nak susahkan anak-anak aku untuk dapatkan duit macam tu..
memang tak salah cara mereka, kerana mencari rezeki yang halal..
cuma, kenapa tak jual aja kerepeknya dengan membuka gerai kecil di tepi jalan..
bukankah itu lebih okay?

You Might Also Like

12 comments

  1. selamat pagi!

    Jemput datang ke website baru saya syokbah.com
    Terima kasih!

    ReplyDelete
  2. Sedih, :'(

    Sebab tulah kita kena bersyukur apa yang kita ada sebab ada orang yang sangat memerlukannya. :)

    ReplyDelete
  3. xpa kak belanja skali skala...Nabi suka orang susah ni, tambah2 pulak dengan budak2...

    ReplyDelete
  4. akak pun selalu memalaui situasi macam ni zie..kadangkala serba salah..yang mana akak boleh beri..akak akan beri..yang mungkin pada ketika itu keadaan tidak begitu mengizinkan..akak cakap secara elok saja..sebak,,sedih,,pilu..salah siapa sebenarnya..

    ReplyDelete
  5. Mgkn ada kisah d sebaliknya yg kita x tau..nk buka gerai kecil mgkin perlukan lesen n sewa..

    ReplyDelete
  6. kesian, kan...last week akak mkn kat warung dusun gearbox bangi..situasi sama gak...tp akak x beli pon, sbb tgk yg mjual tuh mcm sesuatu jeeee....klu bebudak yg jual, mungkin tukaq pikiran kot..hehehe..

    ReplyDelete
  7. pernah didatangi budak perempuan belasan tahun(rasanya 15-17) minat derma masa saya jalan kat Time Square. tunjuk kad katanya datang bagi pihak rumah kebajikan apa ntah. tapi pakaian ranggi semacam. =_=

    ReplyDelete
  8. sekurang2nye mereka bljr mencari rezeki sendiri secara halal :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.

    Entahla zie..aku tak rasa, cara yg ko cadangkan tu semudah itu buat anak2 ni..

    Kat tempat aku, makcik2 yg dah berusia..foodcourt tmpt aku ni divide into two areas. Satu kawsn ada sorg makcik. Diorg bawak beg plstik besar..penuh dgn mcm2 kerepek.

    Kalo ko tgk anak2 tu, dan ko cuba ltk diri ko sbg parents depa.. aku plak, pelik juga..dari mana makcik2 ni dtg..kemana anak mereka..takda anak ke..daripda gaya diorg dtg dri jauh..

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan.....
    http://ceritamayapersada.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Bagi am, bersangka baik je benda macamni. Sebab dekat Muar ada seorang makcik ni bawak basikal, jual kerepek tau. Memang dah tua la.

    Mama am dia berkenalan la kan sebab kesian tengok makcik tu. Lama-lama dah kenal, cuba la tanya latar belakang, kenapa jual kerepek ni semua. Dan katanya husband dia meninggal, anak tunggal dia pulak lumpuh seluruh badan sebab accident. Mama dia kerja hospital dan rupanya cerita tu memang betul.

    Dan kadang-kadang orang asing yang datang mintak derma tu memang betul apa yang diorang katakan tu. Of course la ada segelintir yang cuba ambil kesempatan tapi kita kene sedar negara kita ni negara Islam yang boleh dikatakan stabil sebab Islam agama rasmi kita.

    Dekat negara lain terutama yang susah nak buat masjid, sekolah semua kene cari duit sendiri.

    ReplyDelete
  12. terima kasih semua sebab share kisah masing2 :) setiap orang ada kisahnya kan...

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.