RM50 Hanya Untuk Buka

2.12.13

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

semenjak dua menjak ni, rasa tak lalu pulak nak update blog..
kerja banyak pun ada, perasaan kelaut pun ada..

hari ni, aku buat internal cleaning kat si greeny ni..
dah dua tahun setia berkhidmat, dah macam-macam sakit dia lalui kerana aku..
nasib la kau dapat tuan macam aku..

kawan ni pulak, dah pandai buat internal cleaning, so minta la dia buatkan..


ini la rupa greeny bila dah dibuka bajunya..
aww, malu greeny titew..

satu meja tu dah berhabuk nipis dek si greeny.. eh, ke dek aku yang rajin melampau nak cucikan greeny?
bila on tu, memang cantik la, dah rasa boleh guna..
tapi! alamak! keyboard tak berfungsi...

cuak kot! lagipun, kawan aku ni tak expert bersihkan laptop model asus..
masa nak buka baju pun, kemain dia membebel, banyaknya skru! banyaknya! banyaknya!
so, bertungkus lumus la kitorang buka balik dan sambung satu filem yang menyambungkan keyboard dengan motherboard..

alamak! tak jadi jugak..
"kita hantar gi kedai ajela. nak suruh betulkan keyboard aje.."
yes! sebab aku confirm 111% penyambungan kitorang tak betul dan perlukan orang yang expert..

so, aku ajaklah pergi ke PC World memandangkan aku beli di PC World time PC Fair..
masa on the way ke sana, kedai VTech pun tutup.. nasib baik lah tak berniat nak hantar ke sana sebab uncle vtech ramai customer dan confirm dia busy..
sampai di PC World, explain la kat dia apa yang berlaku, "saya tak pandai buat, dan pekerja seorang lagi sedang rehat.. so, you boleh tinggalkan kat sini.."
okay, aku malas nak tinggalkan kat situ sebab masalahnya hanya keyboard perlu disambungkan dengan betul dan kemudian dia sambung lagi..
"untuk buka sahaja, kami caj RM50", haaa! buka sahaja dah RM50?!!

itu baru buka sahaja..
kalau dia baikikan, tutupkan balik, berapa pulak yang dia caj?
masih teringat masa bersembang dengan uncle Vtech, kalau buat internal cleaning, dia caj RM30 sahaja yang merangkumi RM 20 untuk cleaning dan RM 10 caj penghantaran..
kawan aku dah setuju, tapi aku berat hati nak terima sebab RM50 kot! boleh belanja makan minum untuk sebulan..
promoter tu nampak muka aku dah ketat, "you fikirlah.. lagipun, susah kedai lain nak terima kalau you dah buka..", ek eleh.. dah la ko caj RM50 untuk buka sahaja, aku pun boleh buka sendiri la!

dah.. dah..
aku ajak kawan aku blah dan aku masih ingat ada sebuah kedai Stygix dan memang betul kedai tu kat seberang jalan..
pergi kat sana dan terangkan kat pekerja dia, siap tolong kopakkan keyboard dan tunjuk masalah penyambungan..
dalam 15 minit macam tu, Alhamdulillah dah siap dan semua masalah selesai.. :)
and the most excited part, it's free of charge..
itu mesti dah tak tahu sangat nak caj servis macam mana sebab tolong sambung film keyboard je pun..
and one more thing, yang bukanya aku bukan pekerja situ.. hehe..

bila kita tak tahu something dan pening nak buat perbandingan harga, senang aje kan nak kena tipu..
so, kalau korang nak pergi baiki barangan elektronik, make sure tahu harga yang biasanya di caj..

You Might Also Like

9 comments

  1. ahahaha lain kali buka siap2 sebelum hantar ke kedai comp, boleh gitu? hewhewhew

    ReplyDelete
  2. cekik darah tu!!!Nsib xterima kan.ish3xx

    ReplyDelete
  3. Betul tu, kalau kita tak tahu senang je nak kena tipu. Kena berhati-hati, survey dan tanya orang yang lebih arif

    ReplyDelete
  4. Kalau kak sally..kasi je kat bff akak..tau la dia buat..anyway, bagus tindakan zizie! Dpt jimat duit.. :)

    ReplyDelete
  5. sekarang ni lebih ramai insan yang sangat suka mengambil kesempatan..itulah yang menyedihkan.. :)

    ReplyDelete
  6. mak haih, cekik darah toii! fuhh, nasib baik zizie tak senang ditipu. wachhaaa! :D

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.