Rumah Dihempap Pokok Nibong

12.12.13

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

last week, zizie ada post pasal ni..


memandangkan angah dah ada kat kampung, she posted the pictures in fb..



yang buat kitorang terkilan, bahagian yang kena tu, ialah bahagian bilik mandi yang baru sahaja abah siapkan...
setahun pun tak sampai lagi..
apa-apa pun, bersyukur sangat sebab tak ada kemalangan jiwa sebab kejadian tu berlaku betul-betul semasa mak baru lepas keluar bilik mandi..

agak lali dengan kejadian rumah kena hempap..
tahun lepas, bilik tidur depan yang kena dan masa tu zizie ada kat rumah..
tahun-tahun sebelum ni pun, sama..
yes, sekeliling rumah zizie banyak pokok, tapi dah banyak yang ditebang..
cuma, pokok nibong ni ada tuannya, dan tuannya pulak bukan betul sangat..
kalau silap langkah, mau mati kena golok dia.. huhu..

abang ipar zizie kata, family dia dah bayar ganti rugi..
terima kasih lah kerana tak tutup mata dengan kes sebegini...
mesti abah sedih sebab abah besarkan rumah tu menggunakan tulang empat kerat dia..

sekarang, menunggu masa untuk musim tengkujuh berhenti...
mana boleh nak betulkan atap time hujan macam ni.. nak kena atap tu kering betul-betul dulu..
kalau tak, bahagian lain pulak yang pecah bila naik dengan keadaaan atap yang masih lembab..

hujung-hujung tahun ni, banyak betul ujian untuk keluarga zizie..
insyaAllah, dugaan sebegini menguatkan lagi ikatan keluarga kami..
bersatu teguh, bercerai roboh :)

You Might Also Like

16 comments

  1. subhanallah, bahayanya kan zizie..hmmm...
    keliling rumah ika ni pun banyak sangat pokok2 besar...takut juga sebenarnya bila angin kuat or hujan...ika ni dah laa cepat nervous...and suka fikir bukan2 sikit..kadang2 time hujan selalu bayang pokok tumbang laa bagai huk takut2!!!

    selamat family zizie semua tak apa2...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,takde kemalangan jiwa... nasib baik... tapi bahaya tu,takut nanti jadi lagi ke,huhu...

    ReplyDelete
  3. Dugaan.. nasib baik semua selamat.. sabar jela ek sis..

    ReplyDelete
  4. sabar ye...dugaan untuk family zizie tu...

    ReplyDelete
  5. When you said this tree have it's tuannya, I was thinking of something else.. This is why I hate reading blog at night -.-"

    By the way, Alhamdulillah good things that nothing happens that involved someone in the incident. Be strong to all of you guys ^^

    ReplyDelete
  6. lahaiii...btg pokok nibong besaq gak tuhh...seb bek xde sesapa dlm bilik mandi tu...naseb laa dpt neber yg selfish camtu, ken...bsabaq laaa yee zizie...

    ReplyDelete
  7. SubhanaAllah...semoga bersabar dgn dugaan ni...semoga ada hikmah disebalik kejadian yg menimpa ye dik..

    ReplyDelete
  8. terok jugak nampak nya keadaan tu,,

    ReplyDelete
  9. nasib baik family zizie semua selamat.. huhu..

    ReplyDelete
  10. Sabar... sesungguhnya orang yang sabar dicintai oleh allah

    ReplyDelete
  11. sbar ya zizie mungkin ad hikmah dsebaliknya..:D

    ReplyDelete
  12. Salam takziah diatas bencana yg berlaku...Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yg berlaku...

    ReplyDelete
  13. dugaan...semoga tabah melaluinya :)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.