Sabasun HyperRuncit

3.12.13

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

bagi rakyat terengganu especially orang kuala terengganu, kalau tak tahu kewujudan sabasun ni aku tak tahulah nak cakap apa..
aku yang jarang nak jalan-jalan kat negeri kelahiran sendiri pun tahu adanya sabasun ni..

dengan tagline harga muroh sokmo, memang menjadi salah satu daya tarikan..
tambahan pula, inilah pasaraya yang dimiliki oleh orang melayu dan para pekerjanya pun orang melayu..
setiap kali pergi ke situ, mesti aku akan usha kalau-kalau adanya mat bangla, tetapi ternyata tidak..

dan berita baru-baru ini sungguh mengejutkan..


kenapa dalam banyak-banyak tempat, tapak sabasun juga yang dorang nak ambil?


pasaraya ini, selalu mendapat pujian daripada para pelanggannya..
para pekerja 100% terdiri daripada anak-anak melayu..
mempunyai sudut informasi dan tazkirah yang takkan didapati di mana-mana pasaraya..
selalu memasang ayat-ayat al-Quran dan nasyid daripada lagu-lagu yang melaghakan..
uniform para pekerja wanita, menutup aurat - lengan panjang dan bawah punggung..

itulah yang aku dapat perhatikan untuk pasaraya tersebut..
aku tak tahu dan tak ambil kisah tentang pengaliran hasil penjualan..
well, i'm just a customer..
dan, ternyata bukan sahaja imej pasaraya itu sahaja yang bercirikan islamik, malah tuan empunya juga...
Masya Allah, semoga doa hambaMu yang teraniaya dimakbulkan..


time dalam kelas tadi, pensyarah aku tanya, "korang tahu tak isu sabasun? geram tak?"
dan aku menjawab, "TAHU! GERAM LA!"

siapa tak geram..
lagi-lagi ada pulak pihak yang komen, tak boleh terima kemajuan la, rampas tanah orang la..
dengan adanya Jaya Jusco, kira majulah?
komen-komen sebegini, aku rasa lagilah tak maju..
kalau nak maju sekali pun, kenapa nak ditutup perniagaan orang?
dah tak ada tempat sangat ke kat Kuala Terengganu tu?

hanya mampu mendoakan Sabasun HyperRuncit terus kukuh dan pihak MBKT membatalkan untuk menarik balik perjajian mereka..

sumber gambar : kami sayang sabasun

You Might Also Like

9 comments

  1. ouhh. first time dengar fasal sabasun ni... eiii geram lak baca. haiihh, manusia zaman sekarang. tak dpt beza mne yg lebih baik..

    ReplyDelete
  2. ade terbace isu sabasun nih kat FB. walaupun bukan penduduk terengganu pure. tapi pernah la jejak sabasun taem g terengganu. doa banyak banyak. moge Allah permudahakn segala urusan

    ReplyDelete
  3. lorh zizie orang ganu ke? hewhewhew
    ika first time ni tahu pasal sabasun...

    ReplyDelete
  4. takda tanah lain dh ka kat trengganu yg majlis tu nak kacau periuk nasik org lain.. ?

    ReplyDelete
  5. MBKT tu bwh pentadbiran siapa?..sila laa pk...puak nie bkn leh tgk org Melayu berjaya...duit ada, suma jadi...owhhh, amannya hidup di Malaysia..terima kasih PM!

    ReplyDelete
  6. first time dengar dan tahu zie..rasanya tak wajar diperlakukan sebegini..ralat :(

    ReplyDelete
  7. mcm ni ke rkyat didulukan., hmpeh jer.,

    ReplyDelete
  8. Kesian betul. Berita tentang Sabasun ni memang ramai yang share dalam Facebook. Even, orang luar Terengganu pun dah kenal tentang pasaraya ni.

    Malang betul nak niaga kat Malaysia ni. Orang Melayu nak niaga, bila dah maju sikit, sure akan ada je yang akan jadi batu penghalang.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.