Try And Never Regret

19.12.13

Assalamualaikum wbt
Heyyo GG!

study week dah bermula.. *take a deep breath*
let's rewind back to the old times. tak perlu ambil masa jauh-jauh. kita start daripada dapat result spm.

result average je. Alhamdulillah, terlebih pulak ganjarannya daripada yang diusahakan. rezeki.
nak isi apa ek, nak pilih kat mana ek? oversea? huh! result pun cukup-cukup makan dan tak nak pun pergi luar negara. nanti homesick.
okay, asasi dan matrikulasi. sebabnya, tempoh pengajian lebih pendek. bila umur dah 23 or 24, dah ada degree.. woo~ degree..

tanam anggur, makan anggur, tanam anggur, makan anggur dan akhirnya abang posmen yg tak berapa nak hensem hantar surat tawaran.
matrikulasi pun dapat, asasi pun dapat.. which one?!
tanya orang sana sini, minta pendapat. akhirnya, asasi uitm menjadi hala tuju.
masa tu, zizie berminat untuk ambil pharmacy, tapi kerana bio B-, direject dan mendapat asasi kejuruteraan kerana i'm into with math and add math yang resultnya flying colors.

asasi dah habis dan macam biasa, result yang average lagi..
isi upu lagi untuk degree..
masa tu, zizie isi kebanyakannya chemical engineering dan sains komputer. pastinya, under uitm dan adalah satu dua institusi lain.
bekas abang ipar zizie yang beri pandangan dan dia ni boleh diguna pakai bab-bab akademik. katanya, "sains komputer ni, kalau perempuan susah nak market untuk job". okay, sungguh sedih dan patah semangat.
mak cakap, "try la minta cikgu. tahun ni boleh lagi". tak nak. nanti rosak anak bangsa kerana aku.

abang posmen datang lagi.. kali ni, ajak bersembang. eh, orang nak baca surat tawaran la, tak nak la sembang-sembang.
Bachelor of Manufacturing Engineering (Manufacturing Management) with Honours at UTeM.
terus call kawan-kawan, kakak(s) and tanya mak & abah, "UTeM tu universiti mana?".
lost with the course. course apa pulak ni?! Along pun call kawan dia yang amik that course kat UTM and she said it's a tough course. - okay, jiwa tengah kacau masa tu dan zizie tak mampu nak dengar perkataan TOUGH.

tiada pilihan. zizie hanya berserah dan mendaftarkan diri.
berada di semester pertama, belajar C++ programming. oleh kerana pernah belajar C programming semasa foundation, zizie mempunyai basic tentang programming and i really like it.
kadang-kadang dah malas nak layan manusia, buat coding, acah-acah buat sistem entah apa-apa.
dan akhirnya, subject itu menyelamatkan daripada pointer zizie jatuh gedebuk gedabak apabila zizie mendapat A untuk subject itu.. Alhamdulillah.

kemudian berlalulah semester dua, tiga, empat dan sekarang, lima.
sibuk dengan assignment, setting paging kasi ikut format dan jari jemari lincah menggunakan shortcut di keyboard. cik abang di sebelah terdiam.
"kenapa abang diam?"
"why you take manufacturing engineering?", tch! lecehnya apabila pertanyaan di jawab dengan pertanyaan.
"no choice. and i have to.", betulkah jawapan sebegitu? ianya terpacul dengan spontan.
"you should be a *FTMK student, not a *FKP student."
"then, you wouldn't meet me and we wouldn't fall in love.", tapi jodoh dan pertemuan di tangan Allah.
dan itu sahajalah perbualan yang kadang-kala menjadi perbualan rutin pabila cik abang melihat aku main dengan coding.

he said, i'm good in using software. how i'm editing the coding. how i'm absurd with the coding, like to blogging.
*pause* i know, but i have to. have to take what others gave to me.

"belajar la benda yang diminati."
IF aku ambil sains komputer, i have a good result (maybe), but they want boys as their workers. then, how about me? takkan nak pergi operate kasi jadi jantan? dosa besar weh!
"rezeki ada di mana-mana". yes, i know. that's why, i just go on with this have-to-course and kalau ada rezeki, insya-Allah i'll be a good manufacture engineer.
takkan suddenly, i just quit from what i'd started. eh, i'm not a daughter of rich person. hutang ptptn yang korang sendiri tahu macam mana sakit nak bayar ni, siapa nak bayar?

*blank*

life is full with choices.
masih ingat lagi dalam komik under18 ada mengatakan, "jangan menyesal dengan apa yang kau lakukan, tapi menyesal dengan apa yang kau tak pernah lakukan."
apa yang zizie boleh describe pasal diri zizie ialah zizie seorang yang suka mencuba tetapi zizie hangat-hangat tahi ayam. (eii.. busuklah tahi ayam. yucks!)

zizie cuba pupuk dalam diri zizie jangan pernah menyesal. DON'T! even kadang-kadang perkataan tu terlepas juga daripada mulut ni.. haish..
menyesal tak be a *BMFU student? - a lil' bit tapi itu experience yang tak dijaja di mana-mana.
menyesal tak sebab tak ambil corse yang diminati? - terkilan ada, menyesal tak ada sebab ada experience study programming and got a good result.

kepada adik-adik lepasan spm, rancanglah perjalanan hidup korang..
jangan jadi macam akak sorang ni haaa.. rasa loser pun ada.. hekhek..
bila kita dah pilih, jangan putus asa di tengah jalan. fight habis-habisan dan insya-Allah kalau kita buat dengan betul-betul Allah akan beri jalan yang terbaik untuk kita..

di saat ini, cuba fikir tentang kehidupan anda. adakah anda berpuas hati dengan apa yang ada sekarang?
"manusia takkan pernah puas selagi tidak menjumpai kesempurnaan." tapi, dalam dunia ini tiada apa yang sempurna.
lihat sahaja pada diri sendiri yang penuh dipalit dosa - tak sempurna kan.

saya tak nak menyesal mahupun melihat kembali jalan yang jauh saya tinggalkan.
present is important. past tense teaching me many lessons.

FTMK - Fakulti Teknologi Maklumat dan Komputer.
FKP - Fakulti Kejuruteraan Pembuatan.
BMFU - Manufacturing Management class.

nota zizie : ini semua penangan table talk kat kedai mamak cakap gaya orang tua-tua penuh pengalaman. chewah!

You Might Also Like

11 comments

  1. sy pun dlm bidang teknologi maklumat kak. :) now smester 2. lecturer kata bdg teknologi mklumat nie mmg sgt diprlukn skrg sbb tiap hri teknologi smkin mmbgn. muahaha. memula dlu mmg sy xdak mnt lgsg. tp skrg jd minat pulak. sbb best kot. hee

    gudluck in ur life.

    ReplyDelete
  2. xpe zie, ape yg ade tu buat sungguh3 , nnti time keje senang nak demand gaji besar dah ade degree.hihi.

    ReplyDelete
  3. absolutely agree,, ^_^ walaupon berjalan di landasan yang ada di depan mata kita sekrang ni tapi dalam hati sure ada minat lain kan.. tapi nak patah balik mcm pelik ja kan. nak2 umoq dah makin senja macam akan.. so just follow the flow. ^_^

    ReplyDelete
  4. Buatlah solat istikharah jika susah nk wat pilihan. tp sains komputer tu bagus. banyak peluang kerja tu dik :)

    ReplyDelete
  5. kadang tu minat bukan segalanya...kak sally pun kalau ikutkan...nak jd peguam...mmg dr kecik...sampai la dah tak kurang kecik ni...tapi mmg dh dihalang...so, now I'm into business...tp lecturer ckp kak sally better amik business...sbb suka sgt tgk duit...haha...so, minat tu kadang penting...tapi siapa kita masa depan...kita yg pilih, bukan minat :)

    ReplyDelete
  6. I really like this post as much as i like the author. U have made a choice and it is better than doing nothing.

    ReplyDelete
  7. Sy pun pernah alami confusion mcm awak..hati mau course lain but apa yg sy dpt adalah kos lain..memberontak taknak but i hv no choice. lama2 jatuh cinta dgn course yg sy amik and alhamdulillah..i made it..!!sgt puas hati dan jangan menyesal dgn perkara lepas..sbb kdg2 sesuatu yg kita taknak tu lah yg akhirnya baik pada kita..>.<

    ReplyDelete
  8. go zizie go!! ihiks

    untung buat engin...ika buat medic macam nak gila kut..6 tahun ok...6 tahun!!! haishhhh...

    ReplyDelete
  9. "jangan menyesal dengan apa yang kau lakukan, tapi menyesal dengan apa yang kau tak pernah lakukan."

    suka kata kata nih. yup. situasi saya sama macam zizie tapi cume jalan hidup yang berbeza. tapi alhamdulillah. bersyukur dengan jalan hidup yang Allah takdirkan sekarang :)

    ReplyDelete
  10. sama ! lusa ade paper tapi masih boleh berblogging..

    ReplyDelete
  11. bab menyesal tu dah lama saya rasa. Alhamdulillah, rezeki Allah tu luas. Walaupun bidang di U tu tak digunakan sangat dlm pekerjaan sekarang, sekurang-kurangnya sy dpt masuk menggunakan tiket degree tersebut.

    salam singgah ^^

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.